Kerajaan peka dengan kebajikan pasukan keselamatan, Saifuddin ulas RMK13

July 31, 2025 · Isu semasa

Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan pasukan keselamatan negara, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu menzahirkan penghargaan kepada Anwar selepas pengumuman peruntukan RM51 bilion kepada sektor keselamatan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menunjukkan kerajaan mengutamakan pemerkasaan sektor keselamatan dan pertahanan.

“Lebih penting, saya ingin menzahirkan penghargaan atas penekanan serius Kerajaan terhadap kebajikan warga kerja keselamatan, khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi-agensi lain yang berkhidmat di barisan hadapan.

“Penyediaan 1,368 unit kuarters baharu PDRM dan 3,088 unit kuarters ATM yang telah siap, ditambah 8,501 unit lagi yang sedang dibina, serta 69,141 unit kuarters sedia ada yang dibaik pulih, merupakan langkah yang sangat bermakna dalam menjaga kesejahteraan mereka dan ahli keluarga masing-masing,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu katanya, inisiatif memodenkan sistem imigresen negara melalui Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dan usaha memperkasa penggunaan teknologi termaju menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) adalah tepat pada waktunya demi mendepani cabaran rentas sempadan.

“Dalam dunia yang kian mencabar dengan ancaman rentas sempadan, penyeludupan, jenayah siber, pemerdagangan manusia, dan risiko ekstremisme, keperluan untuk memperkukuh keupayaan operasi, logistik dan teknologi agensi-agensi keselamatan kita amatlah penting.

“Pendekatan ini membolehkan pasukan keselamatan negara berfungsi dengan lebih efisien, responsif dan strategik dalam menangani cabaran semasa, serta meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan di sempadan darat dan maritim – khususnya dalam menghadapi ketegangan geopolitik dan isu-isu keselamatan serantau seperti di Laut China Selatan,” tambahnya.

Mengulas lanjut Saifuddin menyifatkan kekuatan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui senjata dan bilangan anggota keselamatan semata-mata tetapi melalui keupayaan menyediakan ekosistem sokongan yang menyeluruh dari latihan, logistik, teknologi hingga ke aspek kebajikan.

“Kementerian Dalam Negeri akan terus mendukung sepenuhnya pelaksanaan RMK13 dan mengambil tanggungjawab untuk memastikan inisiatif-inisiatif di bawah sektor keselamatan dalam negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Kami komited untuk terus memperkukuh keselamatan dalam negeri, memelihara kedaulatan undang-undang, dan menjamin keamanan hidup rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang,” tambahnya.

Justeru beliau berharap agar usaha murni yang digariskan dalam RMK13 ini akan membuahkan hasil yang berkekalan bukan hanya dalam bentuk pertumbuhan atau statistik pelaburan malah ketenteraman, keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia.

Berita berkaitan
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
October 24, 2026· Isu semasa
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
October 24, 2026· Politik
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026· Isu semasa
Parlimen: NSRC selamatkan jutaan ringgit wang mangsa scam
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026 · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
3 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
7 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok