Kerajaan perketat tindakan terhadap penggunaan deepfake: Fahmi

March 3, 2026 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi kini sedang mengambil langkah tegas terhadap platform media sosial yang didapati membenarkan penyebaran kandungan deepfake, termasuk melalui penggunaan instrumen subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 serta tindakan perundangan berkaitan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata siasatan mendapati kebanyakan kandungan deepfake disebarkan tanpa sebarang teks dan lazimnya dimuat naik sebagai iklan berbayar oleh sindiket penipuan.

“Berdasarkan siasatan kami setakat ini, kandungan ini disebarkan tanpa sebarang teks, kebiasaannya sebagai iklan yang dibayar scammer kepada platform untuk memangsakan rakyat Malaysia,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara.

Menurut beliau, kerajaan memandang serius penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk deepfake dan fitnah digital yang boleh menjejaskan keselamatan awam, ketenteraman sosial serta maruah individu.

Isu ini turut membangkitkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan dalam persekitaran digital yang semakin kompleks.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempergiat pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kandungan yang menyentuh kepentingan awam, jenayah, ancaman dan provokasi di media sosial.

Tindakan diambil selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta 866 yang bertujuan memperkukuh keselamatan dalam talian.

Fahmi menjelaskan, melalui pelaksanaan instrumen subsidiari, penalti kompaun boleh dikenakan terus kepada platform sekiranya kandungan deepfake masih berleluasa selepas peraturan baharu berkuat kuasa.

“Tindakan penalti kompaun boleh dikenakan bukan kepada pengguna tetapi platform itu sendiri sebagai pengajaran,” katanya.

Kerajaan telah memperkenalkan rangka kerja pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

Bermula 1 Januari 2026, penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi di bawah Seksyen 46A Akta 588 melalui peruntukan deeming.

Langkah ini dilihat sebagai usaha menyeluruh kerajaan untuk memastikan platform digital lebih bertanggungjawab, sekali gus mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat dan berintegriti untuk rakyat Malaysia.

Berita berkaitan
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
August 22, 2026· Isu semasa
Ancaman scam makin membimbangkan, 5,944 laporan dalam empat bulan: Nie Ching
August 22, 2026· Isu semasa
MCMC buru dalang vandalisme, curi aset telekomunikasi di Sabah hingga rugi RM17.3 juta
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
7 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok