Kerajaan pilih jalan realistik hadapi krisis tenaga: Mahfuz

March 27, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak popular dalam menangani krisis tenaga global demi memastikan kestabilan ekonomi negara dalam jangka panjang.

Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar, berkata keputusan mengekalkan harga siling petrol RON95 pada RM1.99 seliter walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik membuktikan keutamaan kerajaan adalah melindungi rakyat.

“Kerajaan tidak mengambil jalan populis yang mungkin memberi kelegaan sementara tetapi mengundang risiko jangka panjang. Sebaliknya, pendekatan ini lebih bertanggungjawab dan berpandangan jauh,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau mengulas langkah kerajaan yang turut menyelaraskan subsidi bersasar petrol kepada 200 liter sebulan.

Menurut Mahfuz, jumlah itu ditetapkan berdasarkan data penggunaan sebenar rakyat.

“Model ini memastikan hampir 90 peratus rakyat tidak terjejas. Bantuan disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya lagi.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pengurangan kuota subsidi Budi95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April, susulan konflik berterusan di Asia Barat yang memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.

Bagaimanapun, harga runcit RON95 kekal pada RM1.99 seliter.

Pada masa sama, kerajaan mengekalkan kuota 800 liter sebulan bagi pemandu e-hailing dan pekerja gig, mengambil kira keperluan operasi harian mereka.

Sabah dan Sarawak pula terus menikmati harga diesel bersubsidi pada RM2.15 seliter walaupun harga pasaran meningkat.

Mengulas lanjut, Mahfuz menyifatkan cadangan memperluaskan amalan kerja fleksibel seperti bekerja dari rumah sebagai langkah progresif yang mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu pekerja menjimatkan kos, malah meningkatkan kecekapan dan keseimbangan kehidupan-kerjaya,” katanya.

Untuk rekod, krisis tenaga global yang tercetus akibat ketegangan geopolitik, termasuk konflik di Asia Barat, telah menyebabkan harga minyak dunia tidak menentu dan memberi tekanan kepada banyak negara, termasuk Malaysia.

Berita berkaitan
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
November 24, 2026· Politik
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
November 23, 2026· Isu semasa
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
November 22, 2026· Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
November 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
2 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
4 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok