Kerajaan Pulau Pinang tawar rebat cukai tanah 50 peratus tahun depan

December 23, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Pulau Pinang bersetuju menaikkan rebat cukai tanah kepada 50 peratus bagi tahun 2026, berbanding 32.5 peratus sebelum ini, sebagai langkah mengurangkan beban pemilik tanah susulan pelaksanaan kadar baharu cukai tanah di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan peralihan kepada kadar baharu dapat dilaksanakan secara berperingkat dan terkawal.

Menurutnya, kadar baharu cukai tanah juga akan kekal sekurang-kurangnya selama 10 tahun seperti diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara.

“Jika amaun cukai tanah selepas rebat didapati lebih rendah daripada amaun cukai tanah sedia ada yang telah dibayar pada tahun sebelumnya, maka amaun cukai tanah sedia ada akan terus diguna pakai,” katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.

Beliau menjelaskan pendekatan itu bertujuan mengekalkan keseimbangan antara kepentingan pemilik tanah dan keperluan hasil kerajaan negeri.

Selain rebat, kerajaan negeri turut membuka ruang rayuan bagi pengurangan cukai tanah, termasuk tunggakan cukai dan denda lewat bayaran, melalui pejabat tanah bagi kes-kes tertentu.

“Rayuan ini turut mengambil kira pemilik tanah First Grade yang terkesan akibat perubahan kadar berdasarkan kegunaan semasa, serta pemilik tanah yang terlibat dalam proses pengkelasan tanah daripada desa kepada bandar,” katanya.

Kon Yeow menjelaskan semua permohonan rayuan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dan mekanisme itu diwujudkan khusus untuk membantu pemilik tanah yang terkesan secara signifikan akibat pelaksanaan kadar baharu cukai tanah.

Menurut beliau, bil cukai tanah akan mula diposkan kepada pemilik tanah pada pertengahan Januari 2026, namun semakan dan bayaran secara dalam talian boleh dibuat lebih awal bermula 2 Januari.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut meluluskan pengecualian denda tunggakan cukai tanah dan cukai petak sebanyak 100 peratus dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026, melibatkan jumlah tunggakan denda kira-kira RM25 juta.

Pelaksanaan semakan kadar cukai tanah yang berkuat kuasa 1 Januari ini melibatkan hampir 370,000 hak milik tanah di seluruh Pulau Pinang merangkumi pelbagai kategori kegunaan, termasuk kediaman, perniagaan, perindustrian dan pertanian.

 

Berita berkaitan
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke
22 jam lalu· Politik
PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS
November 24, 2026· Politik
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
November 24, 2026· Politik
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
November 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
1 jam lalu · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
1 jam lalu · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok