Ketua Menteri Sabah , Hajiji Md Noor.
Kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan individu yang dibenarkan atau dinafikan kemasukan ke Sabah, tegas Ketua Menteri, Hajiji Noor.
Beliau bagaimanapun berkata sebarang tindakan sekatan itu adalah berpandukan maklumat dan nasihat terperinci yang diberikan oleh pihak keselamatan serta agensi berkaitan.
“Untuk makluman, kerajaan Sabah ada kuata mutlak untuk memastikan siapa yang boleh masuk ke Sabah atau tidak.
“Ini juga perlu maklumat dari pihak keselamatan dan pihak yang tertentu, barulah kita ambil tindakan,” jelas Hajiji.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, yang mendakwa dihalang memasuki negeri ini selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam.
Tei, yang merupakan seorang tertuduh dalam kes rasuah berkaitan lesen cari gali mineral, didakwa dihalang oleh pegawai imigresen dengan alasan terdapat sekatan daripada Pejabat Ketua Menteri.
Beliau sepatutnya menghadiri sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini.
Dalam perkembangan lain, Hajiji turut mengumumkan kerajaan negeri akan memberikan pampasan kepada keluarga 13 mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Papar, Penampang dan Kota Kinabalu pada minggu lalu.
“Saya sudah bincang dengan Kementerian Kewangan untuk memberi mereka bantuan daripada bantuan insurans untuk kematian. Di pihak kerajaan, kita bagi bantuan juga daripada Yayasan Kebajikan Negeri Sabah, RM10,000 satu keluarga yang meninggal itu dan daripada kerajaan negeri pun ada RM10,000,” ujarnya.
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri