Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Semua kegiatan keagamaan termasuk pembinaan rumah ibadat wajib mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa, tegas Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjalankan aktiviti dakwah atau amalan agama, namun setiap tindakan perlu berpandukan Perlembagaan Persekutuan serta kerangka undang-undang sedia ada.
“Buatlah dakwah, tiada sekatan sama sekali. Tapi ikutlah peraturan. Itu sahaja yang kita minta. Saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri sempena program Ihya’ Ramadan di Putrajaya hari ini.
Kenyataan itu hadir susulan beberapa isu berkaitan rumah ibadat yang mencetuskan perdebatan awam kebelakangan ini.
Pada 12 Februari lalu, Anwar menegaskan tiada mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam menangani isu berkaitan pembinaan atau pengurusan rumah ibadat.
Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama mempunyai peruntukan jelas dalam Perlembagaan mengenai kebebasan beragama.
Namun, kebebasan tersebut tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang digariskan bagi memastikan keharmonian serta ketenteraman awam terus terpelihara.
Menurut Anwar, pendekatan dialog dan pematuhan undang-undang adalah kunci untuk menyelesaikan sebarang isu sensitif berkaitan agama tanpa menjejaskan perpaduan nasional.
Beliau turut berharap semua pihak dapat bertindak secara matang dan tidak memanipulasi isu agama sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
“Yang penting, kita jaga keamanan dan hormat proses undang-undang,” katanya lagi.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib