Kerajaan tanggung kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai: Fahmi

June 15, 2026 · Isu semasa

Kira-kira 80,000 pesakit sebulan yang menerima bekalan ubat menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP) bakal menikmati penghantaran percuma apabila kerajaan mengambil alih sepenuhnya kos perkhidmatan itu mulai Julai ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata inisiatif hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu melibatkan peruntukan kira-kira RM5.69 juta setahun yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan MCMC.

Menurut beliau, langkah berkenaan bertujuan mengurangkan beban pesakit yang sebelum ini perlu menanggung sendiri kos penghantaran ubat ke rumah mereka.

“Kita harap menjelang bulan Julai ini ia dapat dilaksanakan di setiap negeri. Jadi kos penghantaran tidak perlu lagi ditanggung oleh mana-mana pihak, terutama para pesakit sendiri. Ia akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KKM dan MCMC bagi pelaksanaan inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) hari ini.

Fahmi menjelaskan, pemilihan pesakit yang layak menerima manfaat tersebut akan ditentukan sepenuhnya oleh KKM menerusi program UMP, manakala perkhidmatan penghantaran akan dikendalikan oleh Pos Malaysia sebagai pemegang lesen di bawah MCMC.

Program Ubat Melalui Pos diperkenalkan bagi memudahkan pesakit yang memerlukan bekalan ubat secara berkala tanpa perlu hadir ke hospital atau klinik untuk mengambil preskripsi mereka.

Inisiatif itu turut membantu mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan menjimatkan masa pesakit, khususnya warga emas serta mereka yang tinggal jauh dari pusat rawatan.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata pelaksanaan PERSADA dijangka menjadi pemangkin utama kepada usaha pendigitalan sistem kesihatan negara dengan nilai keseluruhan projek dianggarkan mencecah RM650 juta.

Menurutnya, program tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan fasa pertama melibatkan kos sekitar RM74 juta, manakala dana pelaksanaannya akan diuruskan oleh MCMC melalui Universal Services Provision Fund (USP).

Beliau turut memaklumkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperkasakan sebagai pusat saringan awal kesihatan dan telekesihatan, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman yang mempunyai akses terhad kepada kemudahan kesihatan.

Katanya, pendekatan itu sudah mula dilaksanakan sejak 2023 dan akan diperluaskan bagi membolehkan penduduk menjalani pemeriksaan asas seperti ujian gula dalam darah dan tekanan darah tanpa perlu melakukan perjalanan jauh ke hospital atau klinik.

Sebagai contoh, pusat NADI di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah kini digunakan untuk menyokong perkhidmatan telekesihatan dengan menghubungkan penduduk kepada doktor dan pakar dari lokasi lain.

“Kalau capaian internet di klinik kesihatan sukar, kita terus gunakan NADI sebagai pengkalan untuk saringan dan telekesihatan,” katanya.

Selain itu, teknologi kecerdasan buatan (AI) juga mula dimanfaatkan di beberapa pusat NADI bagi membantu penilaian asas kesihatan, termasuk melalui pemeriksaan retina.

Berita berkaitan
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
12 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
6 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
6 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok