Kerajaan tegas lawan isu perkauman: Anwar

February 17, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan perlu bertindak tegas dalam menangani isu perkauman bagi memastikan keamanan dan keharmonian rakyat terus terpelihara di Malaysia.

Perdana Menteri berkata cabaran perpaduan kaum bukan perkara baharu, malah telah lama menjadi fokus kepimpinan negara sejak sebelum merdeka.

Menurut beliau, pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Abdul Razak Hussein sering menekankan kepentingan kerjasama antara kaum bagi mengekalkan kestabilan negara.

“Jika kita mahu berjaya, kita mesti menerima bahawa wujud perbezaan, tetapi kita perlu selesaikannya sebagai satu keluarga besar rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur.

Anwar juga memberi jaminan kerajaan akan terus bekerja keras memastikan kesejahteraan semua kaum.

Beliau menyifatkan Tahun Baharu Cina sebagai simbol daya tahan, keyakinan dan ketangkasan yang diharap dapat memacu ekonomi serta perpaduan negara.

Anwar turut menekankan kemajuan ekonomi negara hasil kerjasama semua pihak.

“Negara ini aman kerana kita ada semangat muafakat dan kesanggupan bekerja bersama. Tiada negara boleh berjaya jika rakyat terus bertelagah dan hilang fokus,” katanya.

Beliau juga menghargai sumbangan masyarakat Cina sebagai antara komponen penting pembangunan negara.

Selain itu, beliau meminta kerajaan tempatan meneliti usaha pemuliharaan bangunan KLSCAH yang berusia hampir satu abad.

“Bangunan ini wajar dipelihara sebagai warisan. Jangan bimbang soal status tanah, kita mahu jaga sejarah bersama,” katanya.

Beliau mengakhiri kenyataan dengan menyeru rakyat menumpukan kepada perpaduan dan menyambut perayaan dengan harmoni.

“Selamat Tahun Baharu Cina. Kita sambut dengan tenang dan utamakan perpaduan,” katanya.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
20 jam lalu· Politik
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
November 23, 2026· Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok