Kerajaan terus jaga kebajikan warga ATM: Anwar

February 24, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan bahawa kebajikan pegawai, anggota dan keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal menjadi keutamaan dalam pentadbiran semasa, khususnya melibatkan isu perumahan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan mereka.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata perkara itu ditegaskan dalam mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan Malaysia dan kepimpinan ATM di Wisma Perwira hari ini.

Menurut beliau, soal kebajikan tidak boleh dipisahkan daripada agenda memperkukuh pertahanan negara.

“Kerajaan akan terus memastikan aspek kebajikan, termasuk perumahan, diberi perhatian serius kerana ia memberi kesan langsung kepada moral dan kesejahteraan keluarga anggota,” katanya menerusi kenyataan di hantaran media sosial.

Dalam mesyuarat kira-kira sejam itu, Anwar turut menerima taklimat mengenai beberapa keputusan strategik yang menyentuh isu kedaulatan dan keselamatan negara.

Perbincangan tersebut, katanya, penting bagi memastikan kesiapsiagaan serta keupayaan ATM terus diperkasa dalam menghadapi cabaran dan ancaman geostrategik yang semakin kompleks.

“Perbincangan ini amat mustahak bagi memastikan kesiapsiagaan serta keupayaan ATM terus diperkasa dalam mendepani cabaran dan ancaman geostrategik yang semakin kompleks. ATM kekal sebagai benteng utama pertahanan negara dan simbol kedaulatan yang wajib dipelihara,” katanya.

Sejak sekian lama, isu kebajikan dan perumahan anggota tentera sering menjadi perhatian, terutama membabitkan kemudahan kuarters dan keperluan keluarga yang berpindah-randah mengikut penugasan.

Kerajaan sebelum ini turut melaksanakan beberapa inisiatif penambahbaikan fasiliti serta penyelenggaraan perumahan bagi meningkatkan kualiti hidup warga ATM.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Malek Razak Sulaiman.

Usai mesyuarat, Perdana Menteri menghadiri majlis tazkirah di Masjid Khalid Bin Al-Walid sempena program Ihya Ramadan sebelum menunaikan solat zuhur bersama warga kementerian.

Berita berkaitan
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
6 jam lalu· Isu semasa
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
9 jam lalu· Politik
Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX
May 24, 2026· Isu semasa
Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin
May 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Bekalan minyak negara stabil hingga Julai: Akmal Nasrullah
6 jam lalu · Isu semasa
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
7 jam lalu · Isu semasa
Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau
7 jam lalu · Isu semasa
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
7 jam lalu · Isu semasa
Institusi tempatan dominasi pembelian saham, kekalkan momentum positif
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok