Kerajaan tolak cadangan caj kenderaan masuk bandar, keutamaan rakyat dipentingkan

September 29, 2025 · Isu semasa

Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengenakan caj ke atas kenderaan persendirian yang memasuki kawasan bandar raya, tegas Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menganggap langkah sedemikan sebagai suatu beban buat rakyat pada masa ini dan penekanan utama kerajaan buat masa ini adalah untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih menyeluruh, bersepadu dan mesra pengguna.

“Sesetengah negara mungkin melaksanakan caj kenderaan masuk bandar untuk menggalakkan pengangkutan awam, namun kita tidak mencadangkan langkah tersebut buat sementara ini.

“Kita berasa ia mungkin akan membebankan rakyat,” jelas Anwar dalam ucapannya semasa merasmikan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) hari ini.

Anwar berkata, penyediaan kemudahan awam seperti TBG mencerminkan pendekatan baharu kerajaan yang lebih menyeluruh.

Beliau turut menggesa supaya projek-projek kemudahan awam dilaksanakan dengan lebih pantas untuk manfaat rakyat.

“Projek terminal ini pernah tertangguh lama, menyebabkan kita menanggung kerugian. Oleh itu, seluruh jentera kerajaan perlu mempercepatkan langkah untuk memastikan kemudahan untuk rakyat dapat disiapkan dengan segera,” katanya lagi.

Mengulas mengenai keluhan orang ramai terhadap kos pengangkutan awam, Anwar meminta rakyat membuat perbandingan yang adil dengan mengambil kira kos menyeluruh memiliki dan menggunakan kenderaan persendirian.

“Ya, kos penggunaan pengangkutan awam mungkin kelihatan sedikit tinggi kerana kemudahannya yang baharu dan canggih, yang melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Namun, kita perlu bandingkan dengan kos petrol, tol dan parkir jika menggunakan kenderaan sendiri,” ulasnya.

Anwar turut menekankan kepentingan perubahan budaya sivik dalam kalangan rakyat untuk menjaga kemudahan awam yang disediakan.

Beliau menegaskan pendidikan dan kesedaran perlu diteruskan, namun tindakan tegas perlu dilakukan sekiranya terdapat sebarang perbuatan yang merosakkan harta awam.

“Jika budaya kita masih terikat dengan cara lama, seperti membuang sampah merata-rata, ia akan membebankan. Mulakan dengan nasihat dan program kesedaran, tetapi pada masa tertentu, mesti ada tindakan dan hukuman,” tegasnya.

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) yang mula beroperasi 24 jam, berfungsi sebagai hab transit utama yang mampu mengendalikan sehingga 1,500 perjalanan bas dan menampung kira-kira 52,000 pengguna sehari.

Terminal ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan komersial untuk keselesaan pengguna.

Berita berkaitan
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
14 jam lalu· Isu semasa
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
18 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
8 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
16 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
18 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
18 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok