Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memperincikan terma rujukan serta kaedah pelaksanaan berhubung Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil negeri Sabah.
Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, memaklumkan penubuhan jawatankuasa ini bagi memastikan perincian tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat, lebih awal daripada baki 60 hari seperti yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.
“Kerajaan Persekutuan sudah memutuskan untuk tidak merayu berkenaan keputusan 40 peratus itu. Tetapi kita lebih melihat bagaimana kita mahu terjemahkan apa yang termaktub dalam 40 peratus, apa kaedah dan sebagainya,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Pemantauan Program serta Projek Pembangunan Sabah.
“Inilah yang akan dirundingkan oleh peringkat jawatankuasa yang ditubuhkan nanti untuk mereka perincikan dan akhirnya memberikan pelaporan kepada kerajaan negeri yang baru nanti,” jelas Fadillah lagi.
Jawatankuasa khas ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Johan Mahmood Merican, dan Setiausaha Negeri Sabah, Safar Untong.
Jawatankuasa ini mempunyai tempoh masa yang singkat untuk bertindak memandangkan mahkamah hanya memberikan baki 60 hari lagi untuk perbincangan diadakan.
“Mereka juga boleh lapor terus kepada Kabinet sebab jawatankuasa ini tempoh masanya singkat. Saya akan tunggu apa hasil perbincangan mereka. Apa yang penting, tubuh jawatankuasa itu untuk perundingan dan beri cadangan kepada kerajaan,” tambahnya.
Keputusan untuk meneruskan penubuhan jawatankuasa ini dibuat meskipun kerajaan Sabah berada dalam status ‘caretaker’, selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bahawa status itu tidak menghalang rundingan teknikal berkenaan tuntutan 40 peratus itu diteruskan.
Langkah ini menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober lalu yang memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah kerana gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan sejak 1974, dan mengarahkan semakan semula dilakukan dalam tempoh 90 hari.
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri