Gimik pelancaran oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa program Temu Anwar di MMU pada Isnin.
Multimedia University (MMU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) menerusi penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan (FAIE) serta AI Transformation Centre (AIX).
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif ini semasa majlis Temu Anwar di MMU dengan menegaskan kepentingan institusi pengajian tinggi untuk memainkan peranan aktif dalam membangunkan bakat tempatan bagi memenuhi keperluan industri digital.
“Saya gembira melihat komitmen MMU dan Telekom Malaysia dalam memacu pendidikan teknologi ini. Penubuhan FAIE membuktikan visi jauh mereka untuk melahirkan bakat AI tempatan,” katanya semasa ucapan perasmian.
FAIE yang merupakan transformasi daripada Fakulti Kejuruteraan sedia ada, menawarkan pendekatan unik dengan memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan gunaan.
Ini membolehkan pelajar bukan sahaja memahami teori tetapi juga mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi sebenar.
“Keunikan FAIE terletak pada penekanan terhadap aplikasi praktikal AI, bukan sekadar teori. Ini akan melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran industri sebenar,” kata Anwar.
Kerjasama strategik antara MMU dan MCMC melangkah lebih jauh dengan pelaburan RM37 juta untuk AIX yang dilengkapi 13 makmal AI canggih dan pusat ini berperanan sebagai hab inovasi nasional yang menyatukan ahli akademik, industri dan kerajaan.
“AIX bukan sekadar bangunan, tetapi platform strategik yang menyatukan akademik, industri dan kerajaan untuk memacu inovasi negara,” ujar Perdana Menteri.
Anwar menjelaskan bahawa perkembangan AI bukan lagi sekadar konsep masa depan tetapi telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian dan yakin inisiatif ini akan membantu Malaysia menjadi peneraju serantau dalam bidang berkenaan.
Majlis turut menyaksikan termerterai Memorandum Persefahaman antara MMU dan MCMC bagi memperkukuh kerjasama dalam pengajaran dan penyelidikan AI.
Langkah ini diharap dapat melahirkan lebih banyak pakar tempatan dalam bidang yang semakin penting ini.
Dengan pelaburan dan kerjasama erat antara pelbagai pihak, Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat inovasi AI yang dikenali di peringkat global dalam masa terdekat.
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
Malaysia buru penggal baharu kerusi Majlis ITU, main peranan bentuk dasar digital
MCMC uji internet di 16 stesen ECRL, liputan terowong turut dipantau
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum