Kertas siasatan terhadap laporan fitnah Bloomberg sudah dihantar kepada AG

August 21, 2025 · Politik

Kertas siasatan berhubung laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan campur tangan Perdana Menteri dalam urusan suruhanjaya itu telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk pertimbangan tindakan selanjutnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, mengesahkan perkembangan terkini itu dalam jawapan bertulis kepada persoalan yang dikemukakan di Parlimen.

Krisis ini tercetus pada September tahun lalu apabila agensi berita antarabangsa Bloomberg menerbitkan laporan eksklusif yang mendakwa berlakunya campur tangan politik dalam operasi SPRM.

Laporan bertarikh 26 September 2024 itu memetik sumber tanpa nama yang mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk menghentikan siasatan terhadap bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Farhash didakwa terlibat dalam pembelian saham syarikat HeiTech Padu Bhd, sebuah syarikat teknologi yang mempunyai hubungan dengan kerajaan.

Isu ini mendapat perhatian meluas memandangkan HeiTech Padu sebelum ini terlibat dalam beberapa projek kerajaan yang besar.

Azalina menegaskan bahawa meskipun hak kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, hak tersebut bukanlah mutlak dan tertakluk kepada sekatan yang dibenarkan di bawah Perkara 10(2)(a).

“Kerajaan tekad untuk mempertahankan hak kebebasan bersuara selaras dengan semangat demokrasi dan prinsip-prinsip Perlembagaan. Bagi kes-kes fitnah, ia tertakluk di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, dan tiada had masa ditetapkan bagi memfailkan tindakan jenayah berkaitan fitnah,” jelas Azalina.

Beliau menjawab pertanyaan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai perancangan kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg.

Laporan Bloomberg tersebut telah mencetuskan kontroversi besar dan menjadi bahan polemik politik selama beberapa bulan. Pembangkang telah menggunakan isu ini untuk mendakwa kerajaan pimpinan Anwar mengamalkan dasar “double standard” dalam memerangi rasuah.

SPRM telah membuat laporan polis berhubung artikel Bloomberg itu, yang mendakwa berlaku “penyalahgunaan kuasa siasatan secara terancang” membabitkan suruhanjaya tersebut.

SPRM menegaskan bahawa semua siasatan dilakukan secara profesional dan bebas tanpa sebarang campur tangan politik.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5 peratus tiga tahun berturut-turut
November 15, 2026· Isu semasa
Selagi ada majoriti, Anwar tak perlu bubar Parlimen: Loke
November 15, 2026· Politik
Malaysia mahu ASEAN serius tangani jerebu rentas sempadan
November 15, 2026· Isu semasa
21 calon PRN Melaka hilang wang deposit, parti Rafizi tercorot
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PH bedah keputusan PRN Melaka minggu depan, teliti aspek persediaan jentera
November 15, 2026 · Politik
BN belum fikir kerjasama dengan PN untuk hadapi PRU-16: Zahid
November 15, 2026 · Politik
Syed Abu Hussin pertimbang guna tiket PKR di Bukit Gantang: Laporan
5 jam lalu · Politik
Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka penggal kedua
5 jam lalu · Politik
Puad cadang Perak, Pahang bubar DUN selepas kejayaan BN-PN di Melaka
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026
[VIDEO] Tiada negara boleh hadapi cabaran digital sendirian – Fahmi
November 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok