Kerugian UiTM Holdings: SPRM mula siasat membabitkan projek solar

September 27, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan berhubung kerugian dialami UiTM Holdings Sdn Bhd pada 2023, termasuk membabitkan projek solar 50 megawatt di Gambang, Pahang.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan siasatan turut meneliti pembayaran RM42 juta yang didakwa dibuat bagi tujuan tidak berkaitan dengan projek berkenaan serta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

SPRM berkata siasatan masih berjalan dan memerlukan penelitian terhadap aspek teknikal serta arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“SPRM menegaskan siasatan ini masih berjalan memandangkan kompleksiti kes yang melibatkan aspek teknikal serta menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM, pihaknya turut akan meneliti kemungkinan wujud isu lain yang berkaitan, termasuk kelemahan tadbir urus seperti dibangkitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, ketika dihubungi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau menegaskan SPRM akan berusaha menyelesaikan siasatan dalam tempoh segera secara bebas dan adil.

Siasatan itu susulan kenyataan Anwar sebelum ini yang meminta Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakukan penilaian semula secara menyeluruh terhadap struktur tadbir urus dan pengurusan UiTM Holdings susulan kerugian yang dialami syarikat berkenaan.

Anwar berkata sekiranya masalah berpunca daripada kelemahan pengurusan biasa, langkah penambahbaikan atau pertukaran pegawai perlu dilaksanakan seperti dilakukan agensi lain.

Bagaimanapun, tindakan lebih tegas perlu diambil sekiranya siasatan mendapati wujud unsur salah laku.

Perkembangan itu memberi tumpuan kepada tahap pengurusan dan tatakelola syarikat berkaitan institusi pendidikan awam, terutama dalam memastikan aset serta kepentingan UiTM diurus secara telus dan berkesan.

SPRM turut menyambut baik ketegasan kerajaan untuk menangani sebarang kelemahan yang dikenal pasti sebagai antara faktor menyumbang kepada kerugian UiTM Holdings.

Berita berkaitan
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
2 jam lalu· Politik
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
12 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
12 jam lalu· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
12 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
2 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
8 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok