Mahkamah Rayuan kekal arahan Jovian bayar RM10 juta

October 20, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan perintah supaya pereka fesyen, Jovian Mandagie, membayar semula RM10 juta kepada dua syarikat dalam dua tuntutan berasingan berkaitan pinjaman persahabatan.

Keputusan itu dibuat menerusi majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim yang diketuai Wong Kian Kheong selepas menolak rayuan Jovian untuk mengetepikan penghakiman terus Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan pada 2 dan 4 April 2024.

Dua tuntutan berkenaan masing-masing membabitkan RM5 juta yang dikemukakan Bina Pragmatik Sdn Bhd dan Cekap Air Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat mendakwa wang berkenaan diberikan kepada Jovian sebagai pinjaman persahabatan secara lisan yang perlu dilunaskan dalam tempoh 12 bulan.

Dalam alasan penghakiman, majoriti mahkamah berpandangan tiada isu yang memerlukan perbicaraan penuh, khususnya berhubung dakwaan wang berkenaan merupakan pinjaman yang perlu dibayar semula.

Mahkamah turut mengambil kira kegagalan Jovian mengemukakan dokumen bagi menyokong pembelaannya, termasuk dakwaan wang RM10 juta itu diberikan untuk tujuan pelaburan dan bukannya pinjaman.

“Tiada isu yang perlu dibicarakan kerana beban pembuktian adalah ke atas defendan. Tiada pelaburan peribadi mahupun laporan dikemukakan,” menurut alasan penghakiman.

Mahkamah turut menyatakan tiada penafian terhadap hutang itu ketika tuntutan dibuat, sekali gus mengambil kira perkara berkenaan sebagai pengakuan hutang.

Bagaimanapun, seorang lagi hakim, Evrol Mariette, tidak bersetuju dengan keputusan majoriti dan berpandangan rayuan Jovian sepatutnya dibenarkan.

Beliau berpendapat ketiadaan dokumen bertulis yang menetapkan terma pinjaman persahabatan ketika transaksi dilakukan menimbulkan persoalan yang wajar dipertimbangkan.

Susulan keputusan itu, Jovian diperintahkan membayar RM5 juta kepada setiap syarikat, berserta faedah lima peratus setahun. Beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM60,000.

Pada April 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memerintahkan Jovian membayar RM5 juta masing-masing kepada Bina Pragmatik dan Cekap Air selepas kedua-dua syarikat memfailkan tuntutan berkenaan.

Latar belakang kes menunjukkan pinjaman RM5 juta itu diberikan pada 25 Februari 2022 oleh Zhen Wei, yang merupakan kenalan Jovian, atas permintaan lisan pereka fesyen berkenaan.

Wang itu didakwa diberikan atas dasar pinjaman persahabatan dengan syarat pembayaran dibuat dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu mengekalkan perintah pembayaran yang dibuat Mahkamah Tinggi, sekali gus menyebabkan Jovian perlu melunaskan kedua-dua tuntutan berjumlah RM10 juta, tidak termasuk faedah dan kos yang diperintahkan mahkamah.

Berita berkaitan
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
October 23, 2026· Isu semasa
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
DNAA Zahid: Cabaran Majlis Peguam ditangguh, tunggu rayuan
October 21, 2026· Politik
Akmal lelong motosikal, ikan tilapia bayar saman fitnah
October 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
October 23, 2026 · Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
12 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
17 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok