Kes mahkamah: Anwar mohon batal saman Waytha Moorthy

October 13, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan saman pemula yang difailkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, yang mencabar pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun.

Permohonan tersebut difailkan oleh Tetuan Daniel & Wong pada 10 Oktober lalu.

Perdana Menteri juga memohon agar mana-mana prosiding lain berkaitan kes itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonannya itu.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Anwar mendakwa saman tersebut wajar ditolak kerana didakwa melanggar prosedur perlembagaan dan berkanun.

“Tindakan ini tidak dibawa di hadapan hakim pilihan raya seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 33 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Perkara berkenaan juga dibuat di luar tempoh masa mandatori untuk memfailkan satu Petisyen Pilihan Raya seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 38 akta sama,” menurut permohonan dikemukakan oleh Anwar itu.

Selain itu, Presiden PKR itu mendakwa Waytha Moorthy tidak mempunyai ‘locus standi’ atau hak perundangan untuk memulakan tindakan bagi mencabar keputusan pilihan raya tersebut.

Anwar berkata, saman itu difailkan dengan niat yang tidak wajar, termasuk untuk mendapatkan kepentingan politik dan mengganggunya.

“Saman ini perlu dibatalkan serta-merta kerana ia tidak berasas, tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah,” tegasnya.

Pada Ogos lalu, Waytha Moorthy memfailkan saman pemula bagi mendapatkan perisytiharan bahawa pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022 adalah tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah.

Pengerusi Hindraf itu turut mendakwa pemilihan Anwar sebagai Ahli Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga tidak sah, dengan alasan Anwar pernah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara yang menyebabkan beliau hilang kelayakan menurut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
September 23, 2026· Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
September 23, 2026· Isu semasa
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
4 jam lalu· Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
September 23, 2026 · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
September 23, 2026 · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
5 jam lalu · Politik
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
5 jam lalu · Politik
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok