Kes rogol: Pendakwah selebriti masuk penjara selepas rayuan ditolak

January 23, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed atas kes rogol melibatkan seorang wanita tujuh tahun lalu, sekali gus mengarahkan tertuduh dipenjarakan serta-merta.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Adlin Abdul Majid selepas menolak rayuan Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, untuk mengetepikan sabitan dan menangguhkan pelaksanaan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Menurut hakim, pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Keterangan tertuduh hanyalah penafian semata-mata dan tiada alasan khas untuk mahkamah menangguhkan hukuman.

“Ini adalah kesalahan serius dan mahkamah berpuas hati bahawa sabitan serta hukuman yang dijatuhkan adalah selamat,” katanya.

Dengan keputusan itu, hukuman penjara terhadap Syed Shah Iqmal berkuat kuasa hari ini.

Kes ini bermula apabila tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun ketika kejadian di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mahkamah Sesyen pada 10 April 2023 kemudian melepaskan dan membebaskannya selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Namun, keputusan itu tidak kekal lama apabila Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pendakwaan dan mengarahkan tertuduh membela diri.

Selepas perbicaraan penuh, Mahkamah Sesyen pada 30 Ogos 2024 mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan, yang menyaksikan tertuduh menangis di kandang pesalah.

Kes ini mendapat perhatian umum memandangkan latar belakang tertuduh sebagai figura agama terkenal, sekali gus mencetuskan perbincangan meluas mengenai keadilan, akauntabiliti dan perlindungan mangsa jenayah seksual.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
9 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
November 23, 2026· Politik
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
9 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok