Kes sabotaj kerajaan: Peguam Na’imah selesai dirakam percakapan 3 jam

March 12, 2026 · Isu semasa

Peguam kepada Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, Nizamuddin Hamid hari ini hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung dakwaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara, melibatkan individu berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.

Nizamuddin yang ditemui media selepas selesai dirakam percakapan berkata keterangan diberikan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

“Rakaman percakapan dimulakan pada kira-kira 10.30 pagi dan mengambil masa kurang tiga jam,” katanya.

Terdahulu, Nizamuddin tiba di Bukit Aman pada 10.10 pagi dengan diiringi peguamnya, Khalid Yusoff dan Izwan Ariff.

Pada 5 Mac lepas, Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata polis telah mengambil keterangan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Mohd Khalid berkata polis juga telah mengenal pasti beberapa nama dan sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada mereka yang berkaitan, dan pada masa sama meneliti kemungkinan penglibatan pihak luar negara bergantung pada perkembangan siasatan seterusnya.

Pada 3 Mac, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkancubaan untuk menjatuhkan kerajaan didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media dan institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata siasatan awal PDRM mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai dan menggugat kerajaan sedia ada. – Bernama

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
June 12, 2026· Politik
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026· Isu semasa
Bos J-Kom ambil pendekatan lebih agresif, cabar pengkritik berdebat
June 11, 2026· Politik
Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC
June 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
June 16, 2026 · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
1 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
8 jam lalu · Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok