Rosmah serah kepada UMNO urusan kutipan dana RM50 juta Najib

November 6, 2026 · Politik

Rosmah Mansor mengakui tidak mengetahui perkembangan usaha pembayaran denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya, Najib Razak, sebagai syarat membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Beliau berkata, bukan sahaja dirinya, malah ahli keluarga juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan berhubung urusan pembayaran denda berkenaan.

“Saya tidak tahu, keluarga juga tidak dimaklumkan mengenainya,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri pengurusan kes rasuah projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Rosmah turut mengulas laporan media yang mendakwa dua individu dipercayai wakil Najib dilihat meninggalkan kaunter pembayaran di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, dipercayai bagi menjelaskan denda berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata laporan itu kemudian ditarik balik selepas didapati tidak tepat.

“Mereka (media) selalu lebih tahu, tetapi selepas itu mereka tarik balik laporan berkenaan. Rupanya tak betul,” katanya secara berseloroh.

Ditanya mengenai perkembangan kutipan dana bagi membantu pembayaran denda itu, Rosmah menegaskan beliau tidak terbabit dalam urusan berkenaan.

Beliau turut mengesahkan kutipan dana itu diuruskan UMNO dan meminta media mendapatkan penjelasan lanjut daripada Setiausaha Agung parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki.

Spekulasi mengenai pembayaran denda RM50 juta itu timbul sejak awal minggu ini susulan usaha mengumpul dana bagi membantu Najib memenuhi syarat pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pelaksanaan syarat berkenaan tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Susulan itu, UMNO melancarkan tabung Dana Solidariti Najib Razak bagi mengumpul sumbangan orang ramai untuk menjelaskan denda berkenaan, ketika aset peribadi Najib dan keluarganya masih dibekukan.

Pada 25 September lalu, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan berkata anak guamnya tidak mempunyai wang RM50 juta untuk membolehkan syarat berkenaan dipenuhi.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosmah hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini bagi pengurusan kes rasuah projek solar hibrid Sarawak bernilai RM1.25 bilion. Beliau diiringi barisan peguamnya, Akberdin Abdul Kader dan Jagjit Singh.

Berita berkaitan
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
November 16, 2026· Politik
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
November 16, 2026· Politik
Zambry umum Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
November 16, 2026· Politik
PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
9 jam lalu · Politik
Parti Rafizi mungkin terkubur awal jika terlalu idealistik – Puad
12 jam lalu · Politik
PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO – Kadir Jasin
12 jam lalu · Politik
Tindakan Timbalan Speaker bahas Belanjawan 2027 cetus bantahan MP
12 jam lalu · Politik
MP Pasir Gudang disiasat berhubung sajak ‘Patik Tak Rela’ kritik isu Najib
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
8 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok