Kes saman Yusoff terhadap PMX: Mahkamah benarkan penangguhan sementara prosiding

June 10, 2025 · Isu semasa

Semua prosiding berkaitan saman sivil difailkan oleh Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan ditangguhkan sementara.

Penangguhan itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengeluarkan perintah ad-interim sehingga keputusan dibuat berkenaan permohonan penangguhan penuh oleh Anwar.

Perbicaraan bagi permohonan penangguhan penuh itu ditetapkan pada 21 Julai.

Hakim Supang Lian, yang mengetuai panel, berkata keputusan itu dibuat sebulat suara.

“Setelah mendengar hujahan peguam perayu dan responden, kami berpendapat bahawa bawah Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, kami mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah ad-interim bagi mengekalkan integriti permohonan penangguhan oleh perayu, sementara menunggu pelupusan permohonan penangguhan tersebut.

“Oleh itu, kami dengan ini mengeluarkan perintah ad-interim untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi, sehingga pelupusan permohonan penangguhan oleh perayu,” katanya ketika menyampaikan keputusan.

Keputusan ini bermakna semua prosiding berkaitan saman sivil, termasuk perbicaraan penuh yang dijadualkan bermula Isnin ini, akan ditangguhkan sehingga permohonan Anwar diputuskan di mahkamah.

Dilaporkan bahawa perdana menteri memfailkan dua permohonan berasingan untuk menghentikan sementara saman Yusoff kerana dia sedang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.

Dalam keputusan itu, Hakim Ros Mawar Rozain menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan saman tersebut dan merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini, mahkamah mendengar hujahan daripada peguam Alan Wong Teck Wei dan Rafique Rashid Ali, yang mewakili Anwar dan Yusoff.

Wong berhujah bahawa rayuan Anwar akan menjadi “sia-sia” jika saman itu diteruskan ke perbicaraan sebelum rayuan selesai, dan ini boleh menyebabkan mudarat tidak boleh dipulihkan (irreversible harm) kepada perdana menteri.

Dia merujuk kepada tuntutan Yusoff dalam saman itu, yang menurut Wong hanyalah untuk ganti rugi kewangan, dan berhujah bahawa tiada mudarat kepada Yusoff jika kes itu ditangguhkan ke tarikh lain.

“Saya ingin mengemukakan bahawa tiada mudarat tidak boleh pulih kepada responden (Yusoff) jika perbicaraan ditangguhkan.”

“Namun bagi perayu (Anwar) dan jawatan awam yang dipegangnya, yang tidak boleh dipisahkan, akibatnya akan menjadi nyata, tidak boleh pulih, dan signifikan dari segi perlembagaan,” katanya.

Berita berkaitan
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
October 12, 2026· Politik
Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat
5 jam lalu· Isu semasa
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
6 jam lalu· Politik
Anwar gesa belia lawan rasuah dan ketidakadilan
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026 · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026 · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
October 12, 2026 · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
October 12, 2026 · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok