Kes Zara Qairina dibuka semula: AG arah siasatan mendalam, termasuk gali semula kubur

August 8, 2025 · Isu semasa

Kes kematian tragis pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina, kembali menjadi perhatian negara apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat semula punca kejadian, termasuk langkah drastik menggali semula kubur arwah untuk bedah siasat.

Arahan itu dikeluarkan selepas meneliti laporan penuh siasatan awal yang diserahkan sebelum ini, dengan tujuan memastikan setiap sudut dan persoalan dalam kes ini dirungkai sepenuhnya.

Menurut kenyataan rasmi, langkah tersebut diambil bagi mendapatkan bukti baharu dan memperkukuh hasil siasatan, demi mencari kebenaran di sebalik kematian seorang remaja yang masih mentah usianya.

Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Tubuh kecilnya ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama, sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Namun, takdir menentukan segalanya apabila Zara disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kisah ini mengundang pelbagai tanda tanya. Bagaimana seorang pelajar yang sepatutnya berada di dalam asrama pada waktu itu boleh berakhir di dasar longkang, jauh dari biliknya? Apakah benar dia terjatuh secara tidak sengaja, atau ada cerita lain yang belum terbongkar?

Dengan arahan siasatan semula ini, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat umum kini menaruh harapan agar segala misteri dapat dirungkai, dan sekiranya ada pihak yang bertanggungjawab, mereka dibawa ke muka pengadilan.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kes dadah Jakarta: Juruterbang bawa dadah ke luar negara sejak 2024
August 17, 2026· Isu semasa
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
August 16, 2026· Isu semasa
Hajiji hadir kongres PKR, tanda hubungan dengan GRS baik
August 15, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok