Kes Zara Qairina: Kebenaran dan keadilan perlu ditegakkan melalui proses undang-undang

August 20, 2025 · Isu semasa

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan perjuangan untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan dalam kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir perlu dilaksanakan secara telus mengikut kerangka undang-undang yang sedia ada.

Beliau menekankan masyarakat tidak boleh secara membuta tuli menerima segala tuduhan daripada pihak-pihak yang tidak mempunyai autoriti, terutamanya yang disebarkan secara meluas melalui platform media sosial tanpa disaring kesahihannya.

“Tugas polis adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan siasatan. Bagi kita semua yang ingin menganjurkan demonstrasi untuk menuntut kebenaran dan keadilan, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul iaitu mengikut lunas-lunas hukum dan perundangan,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Saifuddin menambah, kebenaran tidak boleh ditentukan berdasarkan kenyataan tidak berasas seperti dakwaan seorang doktor patologi yang baru ditahan atau teori guru yang mendakwa Zara dibunuh dan didera dengan mesin basuh.

“Kebenaran dan keadilan hanya boleh ditegakkan melalui proses siasatan undang-undang yang sah dan telus,” tegasnya.

Beliau menjelaskan polis sedang menjalankan tugas siasatan dengan cekap dan terperinci, dengan sudah merekodkan sebanyak 195 keterangan saksi setakat ini, yang memerlukan masa untuk disusun dan dianalisis dengan sempurna sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Pihak yang paling berkuasa untuk menjalankan siasatan adalah polis. Proses ini telah membawa kepada pengumuman terkini daripada Peguam Negara pada Isnin lepas,” tambah Saifuddin.

Mengenai perkembangan terbaharu dalam kes tersebut, beliau mengesahkan seorang suspek yang mendakwa dirinya sebagai pakar patologi yang terlibat dalam proses bedah siasat jenazah Zara telah berjaya dikesan dan ditahan di Kota Damansara.

Sebelum ini, seorang guru bahasa Inggeris juga telah ditahan kerana membuat kandungan media sosial yang mengandungi dakwaan liar berkenaan kematian Zara.

Saifuddin mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang maklumat yang tidak disahkan dan memberi jaminan pihak berkuasa akan terus berusaha untuk memastikan keadilan ditegakkan mengikut proses undang-undang yang betul.

Berita berkaitan
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
6 jam lalu· Politik
Dua aktivis peserta himpunan Garah disiasat bawah Akta Hasutan
February 8, 2026· Isu semasa
Polis tahan peserta himpunan bantah rumah ibadat tak sah di Sogo
February 7, 2026· Isu semasa
Tindakan tegas jika gugat keselamatan negara: Anwar
February 7, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
3 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok