Kes Zara Qairina: PMX beri jaminan keadilan akan ditegakkan

August 3, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa laporan siasatan lengkap berkaitan kematian tragis kanak-kanak perempuan, Zara Qairina, telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurut Perdana Menteri, dokumen siasatan tersebut kini dalam proses penelitian oleh pihak AGC sebelum sebarang tindakan lanjut diumumkan.

“Saya dimaklumkan bahawa laporan siasatan lengkap kes adik Zara Qairina telah diterima oleh pihak Jabatan Peguam Negara. Pihak AGC sedang meneliti dan akan memutuskan tindakan yang akan diambil mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Siasatan terhadap kes kematian Zara Qairina, yang mencetuskan kemarahan masyarakat sejak beberapa minggu lalu, dikatakan melibatkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi penguatkuasaan lain.

Anwar turut memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk kecuaian atau pelanggaran undang-undang yang menyebabkan kematian mangsa.

“Pendirian saya jelas. Keadilan mesti ditegakkan. Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan kita tidak boleh membiarkan kecuaian terus berlaku tanpa pertanggungjawaban,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular di media sosial kes yang membabitkan Zara Qairina yang didakwa menjadi mangsa penderaan sebelum disahkan meninggal dunia.

Kes ini mengundang reaksi meluas dari orang ramai yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap individu atau pihak yang gagal melindungi kanak-kanak tersebut.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
8 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
8 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
8 jam lalu· Politik
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok