Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal.
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu membenarkan Pejabat Peguam Negara (AGC) memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Presiden Warisan,Mohd Shafie Apdal, dan seorang pempengaruh media sosial, Che Muna Din atau Mona Din.
Kebenaran itu dikeluarkan oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan berhubung kenyataan didakwa dibuat oleh kedua-dua individu itu berkaitan dengan kes kematian pelajar sekolah, Zara Qairina Mahathir.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalala, notis surat tunjuk sebab telah disampaikan kepada Mohd Shafie pada 23 September lalu, manakala Mona Din menerima notisnya lebih awal, pada 10 September.
Beliau memaklumkan mahkamah bahawa Shafie, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, telah membalas notis berkenaan melalui peguamnya.
“Walaupun responden telah menyerahkan surat balasan berkenaan dan tidak menafikan kenyataan yang terkandung dalam hantaran tersebut, beliau gagal memberikan penjelasan memuaskan terhadap notis surat tunjuk sebab,” jelas Mohamad Mustaffa semasa prosiding tersebut.
Beliau menegaskan hantaran di Facebook atas nama “Shafie Apdal” itu mengandungi kenyataan yang boleh dianggap menghina mahkamah.
Sementara itu, pihak pendakwaan turut memaklumkan Mona Din telah memberikan respons melalui afidavit dan memohon maaf atas tindakannya.
Dokumen kes bagi prosiding penghinaan mahkamah ini dijangka akan disampaikan kepada kedua-dua responden dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.
Kes ini dijangka menjadi perhatian ramai memandangkan ia melibatkan figura politik senior dan isu sensitif berlatarkan tragedi kematian seorang kanak-kanak.
ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti
PAS mahu jaga keharmonian, tak terima kemasukan Wan Fayhsal
AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina PMX
Isu arak di sekolah, Pemuda UMNO petik insiden menteri kaki mabuk
Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa