Khairy Jamaluddin.
Desas-desus kononnya akan dilantik sebagai menteri Kabinet dinafikan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Bekas ketua pemuda UMNO yang dipecat Presiden, Ahmad Zahid Hamidi itu menepis khabar angin tersebut dan sedang berbahagia dengan kehidupan ketika ini.
“Saya sedang menikmati kehidupan yang baik sekarang, kenapa saya nak tinggalkan ini?,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.
Khairy ketika ini dikenali menerusi rancangan audio siar (podcast) Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Beliau juga merupakan penyampai radio di stesen radio HotFM.
Baru-baru ini, nama Khairy dikaitkan bakal dilantik sebagai Senator sekali gus membolehkan beliau menyertai barisan Kabinet.
Ia susulan terdapat dua kekosongan dalam Jemaah Menteri apabila Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan selepas tewas dalam pemilihan PKR, baru-baru ini.
Laporan media turut menyebutkan bahawa Khairy mungkin dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi menggantikan Johari Abdul Ghani.
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum