Bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM) perlu dibanteras.
Seorang kontraktor di Pontian menjadi mangsa penipuan yang mendakwa menawarkan tender kerajaan sehingga menyebabkan mengalami kerugian sebanyak RM231,200.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, mangsa telah dihubungi oleh seorang suspek yang menawarkan kontrak membekalkan set mesin jahit dan set cenderahati untuk suatu program kerajaan yang kononnya akan dihadiri oleh tetamu kenamaan.
Tertarik dengan tawaran itu, mangsa mengambil keputusan untuk meneruskan urusan tersebut.
“Bagi meyakinkan mangsa, suspek mendakwa tawaran itu adalah untuk sebuah program kerajaan yang akan berlangsung tidak lama lagi,” jelas Mohammad Shofee.
“Percaya dengan tawaran tersebut, mangsa kemudiannya melakukan beberapa transaksi dalam talian ke beberapa akaun peribadi yang diberikan pada hari Isnin dan Selasa lalu, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM231,200,” tambahnya.
Namun, kata beliau, mangsa mula curiga dan mengambil inisiatif untuk menghubungi jabatan kerajaan yang berkaitan bagi mengesahkan kewujudan program terbabit.
“Malangnya, mangsa kemudiannya dimaklumkan bahawa tiada sebarang program seperti itu wujud pada tarikh yang dinyatakan oleh suspek. Pada ketika itu, barulah mangsa sedar dia telah ditipu,” katanya lagi.
Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Mohammad Shofee menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan jenayah penipuan komersial yang semakin berleluasa.
“Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 dengan segera bagi membolehkan tindakan awal menyekat aliran keluar wang diambil,” ujarnya.
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
MOF sasar hutang kerajaan turun kepada 60 peratus KDNK pada 2030
APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan
Suspek samun maut berbalas tembakan dengan polis di Chow Kit
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron