Kos sara hidup paling tinggi di KL, Selangor dan Pulau Pinang: DOSM

December 24, 2025 · Isu semasa

Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya terus merekodkan kos sara hidup paling tinggi di negara ini berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) 2024 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, analisis PAKW yang meletakkan Kuala Lumpur sebagai rujukan pada 100 mata indeks menunjukkan jurang kos hidup yang jelas antara negeri dan daerah pentadbiran.

Menurutnya, Selangor mencatat indeks tertinggi bagi kebanyakan saiz isi rumah, sekali gus menggambarkan tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding negeri lain.

“Negeri dengan indeks tinggi seperti Selangor menunjukkan kos hidup yang lebih mahal, manakala negeri seperti Kelantan, Kedah dan Perlis pula mencerminkan kos hidup yang lebih rendah tetapi masih berada pada tahap kehidupan wajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi isi rumah seorang, Selangor mencatat 92 mata indeks, diikuti Pulau Pinang dan Putrajaya.

Kelantan dan Sarawak pula merekodkan indeks terendah, menandakan perbelanjaan asas yang jauh lebih rendah.

Corak sama turut dilihat bagi isi rumah dua, tiga dan empat orang, dengan Selangor kekal mendahului manakala Sabah, Kedah dan Perlis berada di kelompok terbawah.

Mohd Uzir menjelaskan, perbezaan ini boleh dilihat dengan lebih jelas apabila dibandingkan secara nilai.

“Jika seorang individu di Kuala Lumpur memerlukan RM1,000 untuk perbelanjaan kehidupan wajar, individu yang sama hanya memerlukan sekitar RM537 sekiranya tinggal di Kelantan,” katanya.

Bagi isi rumah empat orang pula, perbelanjaan di Perlis adalah kira-kira 39 peratus lebih rendah berbanding Kuala Lumpur.

Di peringkat daerah pentadbiran, Petaling di Selangor muncul sebagai satu-satunya daerah yang mencatat Indeks PAKW melebihi Kuala Lumpur bagi semua saiz isi rumah.

“Petaling merekodkan indeks tertinggi, manakala daerah seperti Pantu dan Lingga di Sarawak serta Membakut di Sabah mencatat antara indeks terendah, sekali gus menonjolkan jurang kos hidup yang sangat besar,” katanya.

Menurut DOSM, Indeks PAKW merupakan indikator baharu yang dibangunkan untuk mengukur perbelanjaan minimum bagi kehidupan wajar dan penyertaan bermakna dalam masyarakat.

Indikator ini diharap dapat menjadi rujukan penting dalam memahami realiti kos sara hidup rakyat di seluruh negara.

Berita berkaitan
Kerajaan fokus stabilkan ekonomi, bendung tekanan kos sara hidup: Akmal Nasrullah
March 12, 2026· Isu semasa
Ekonomi negara kekal kukuh menjelang suku kedua 2026: DOSM
February 25, 2026· Isu semasa
Inflasi Januari naik 1.6%, kos sara hidup terus jadi perhatian: DOSM
February 19, 2026· Isu semasa
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
February 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
4 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
4 jam lalu · Isu semasa
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
4 jam lalu · Isu semasa
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok