KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan

June 23, 2026 · Isu semasa

Madani Mart yang semakin dikenali di beberapa lokasi seluruh negara bukanlah sebuah inisiatif kerajaan, sebaliknya beroperasi sebagai jenama perniagaan peruncitan swasta yang diterajui oleh Yayasan Madani.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata urusan pendaftaran lesen serta pengoperasian Madani Mart dijalankan menerusi hubungan antara yayasan tersebut dengan syarikat atau entiti perniagaan yang diberi kuasa mengendalikan premis berkenaan.

Menurut beliau, walaupun operasi Madani Mart tidak berada di bawah bidang kuasa langsung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), terdapat dua aspek yang melibatkan tanggungjawab kementerian itu.

“Pertama, Yayasan Madani telah didaftarkan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan.

“Kedua, mana-mana entiti perniagaan yang menjalankan aktiviti berkaitan barang kawalan berjadual perlu mematuhi Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mendapatkan Lesen Barang Kawalan Berjadual daripada KPDN,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung status terkini pelaksanaan Madani Mart termasuk jumlah cawangan yang telah beroperasi, permohonan yang diterima dan penglibatan usahawan tempatan.

Armizan menjelaskan syarat mendapatkan lesen tersebut tidak hanya terpakai kepada Madani Mart, malah dikenakan ke atas semua premis peruncitan yang menyimpan, membekal atau menjual barang kawalan berjadual seperti minyak masak, gula dan tepung.

Berdasarkan rekod KPDN, setakat ini dua cawangan Madani Mart memiliki Lesen Barang Kawalan Berjadual yang didaftarkan atas nama dua entiti perniagaan yang bertindak sebagai operator premis berkenaan.

Beliau turut menegaskan kementerian sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang dapat membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan di samping membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan.

“KPDN sentiasa menyokong sebarang inisiatif yang dapat meningkatkan akses rakyat kepada barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan serta membuka peluang perniagaan kepada usahawan tempatan,” katanya.

Madani Mart diperkenalkan sebagai platform peruncitan yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian kepada pengguna.

Namun, penjelasan terbaru kerajaan itu dibuat susulan timbul persoalan mengenai status sebenar premis berkenaan dan sama ada ia merupakan program yang dikendalikan secara langsung oleh kerajaan.

Berita berkaitan
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
14 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
6 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
7 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
7 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok