Krisis MB Perlis: Ketua Ulama PAS Perlis diarah berdiam diri

January 14, 2026 · Politik

Dewan Ulama PAS Perlis mengesahkan mereka tidak akan mengulas lanjut mengenai kemelut politik di negeri itu susulan arahan tegas daripada pimpinan pusat parti.

Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ahmad Adnan Fadzil, berkata semua pihak diminta berdisiplin walaupun pelbagai dakwaan dan persepsi terus berlegar di ruang awam.

“Saya tak boleh buat ulasan sebab sekarang ini arahan daripada PAS Pusat memang tak boleh buat apa-apa ulasan lagi,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Menurut beliau, ramai sebenarnya memahami apa yang sedang berlaku, namun Dewan Ulama terikat dengan keputusan dan peraturan parti.

Ahmad Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan tokoh Bersatu berhubung isu pertukaran Menteri Besar (MB) Perlis yang didakwa melibatkan peranan istana.

Terdahulu, Pengerusi Bersatu Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik, mendakwa mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membincangkan krisis Perlis, termasuk dakwaan bahawa Raja Perlis menitahkan PAS dan Bersatu mengemukakan tiga nama calon MB.

Namun hantaran itu kemudiannya disunting dan dakwaan berkaitan istana dipadam.

Krisis tersebut memuncak apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli, meletakkan jawatan sebagai MB dan digantikan oleh Pengerusi Bersatu Perlis merangkap Adun Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah.

Perkembangan itu mencetuskan ketegangan antara PAS dan Bersatu, sehingga PAS secara terbuka mendesak Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, berundur sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menyifatkan tindakan itu sebagai satu pengkhianatan, namun Dewan Ulama PAS Perlis tampil mempertahankan ketiga-tiga ADUN berkenaan dengan menegaskan kesetiaan mereka kepada parti.

Krisis ini juga menyaksikan Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN, diikuti beberapa pemimpin Bersatu lain, sekali gus menandakan fasa baharu dalam landskap politik negara yang masih belum benar-benar reda.

Berita berkaitan
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
6 jam lalu· Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
8 jam lalu· Politik
Annuar sahkan rundingan PAS-UMNO, kerjasama gagal dimeterai untuk PRN Johor: Laporan
9 jam lalu· Politik
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
June 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
3 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
6 jam lalu · Politik
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
6 jam lalu · Politik
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
9 jam lalu · Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok