Setiausaha Agung Parti MUDA, Ainie Haziqah, berdepan tindakan undang-undang daripada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamid.
Setiausaha Agung Parti MUDA, Ainie Haziqah, menerima surat tuntutan undang-undang daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, berikutan ucapannya dalam himpunan ‘Turun Anwar’ bulan lalu yang mengkritik status pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dalam kes rasuah.
MUDA dalam kenyataannya menyifatkan tindakan Zahid sebagai “intimidasi politik” untuk membungkam suara anak muda dan rakyat yang menuntut keadilan berhubung kes Yayasan Akalbudi.
“Sehingga kini, janji reformasi untuk memisahkan kuasa Perdana Menteri dan Peguam Negara masih belum dilaksanakan. Ini menimbulkan keraguan terhadap integriti sistem keadilan,” tegas MUDA.
Parti itu menegaskan bahawa kritikan terhadap DNAA Zahid bukanlah fitnah, tetapi tanggungjawab demokratik untuk menuntut ketelusan.
“Kami tidak akan tunduk kepada tekanan politik. MUDA akan terus memperjuangkan hak rakyat, khususnya generasi muda, untuk bersuara,” tegas kenyataan tersebut.
Sebelum ini, MUDA melancarkan kempen #DakwaSemulaZahid yang menuntut Pendakwa Raya membuka semula kes rasuah melibatkan Zahid. Kempen ini akan dijalankan melalui siri demonstrasi, ceramah, dan jelajah seluruh negara.
Bekas Timbalan Menteri Undang-Undang, Hanipa Maidin, turut menyokong kempen ini dengan menyatakan bahawa kes prima facie terhadap Zahid telah pun dibuktikan sebelum DNAA diberikan pada September 2023.
Zahid sebelum ini dibebaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi, walaupun mahkamah telah memerintahkan beliau membela diri.
Pendakwaan ketika itu diketuai oleh Dusuki Mokhtar, kini Peguam Negara dengan alasan memerlukan masa untuk siasatan lebih lanjut.
Namun, Hakim Collin Lawrence Sequerah menyuarakan kebimbangan bahawa keputusan itu membazirkan wang pembayar cukai.
MUDA menggesa rakyat menyokong kempen mereka dengan menggunakan hashtag #DakwaSemulaZahid dan #ReformasiBukanRetorik bagi menuntut keadilan sepenuhnya dalam kes berkenaan.
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum