Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan para pemimpin masyarakat supaya tidak bermain politik atas isu sensitif, yang akan menimbulkan perbalahan dalam masyarakat dan menggugat kestabilan negara.
Seri Paduka Baginda bertitah apabila wujud lagi banyak parti politik atau kem dalam parti, maka rakyat akan lebih berpecah-belah dan benci-membenci di antara satu sama lain.
“Gunakanlah akal sebelum buat sebarang keputusan. Tidak ada hadiah yang lebih istimewa buat diri saya, selain daripada rakyat yang bersatu-padu.
“Saya pernah sebutkan dulu, ada satu virus yang akan melanda negara kita. Sekarang kita nampak virus ini telah mula menular dan tidak boleh diubati. Saya sering bercakap mengingatkan perkara ini supaya kita tidak mudah lupa,” titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah ketika Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Hadir pada istiadat itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta barisan Menteri Kabinet.
Sultan Ibrahim turut menyeru kepada seluruh rakyat jelata supaya terus memperkukuh perpaduan untuk diberikan sebagai hadiah kepada Seri Paduka Baginda.
Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda akan mengadakan Kembara Diraja ke seluruh Wilayah Persekutuan, bagi melihat sendiri kehidupan rakyat serta mengagihkan duit zakat kepada golongan miskin dan asnaf yang lapan. – Bernama
Dicabul raba punggung dalam LRT: Polis buru lelaki berjanggut, berpelitup muka
SPRM perlu pantas tangani persepsi, elak maklumat mengelirukan: Azam Baki
Polis terima tiga laporan terhadap bekas wartawan FMT, Saifuddin nasihat jaga etika
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah Agong jadi fokus
Israk Mikraj: Solat teras keadilan, keharmonian sejagat
[VIDEO] UMNO tak gadai prinsip walaupun bersama Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Zahid ucap tahniah kepada PMX berjaya stabilkan ekonomi dan politik negara