Kunci kejayaan perangi rasuah bergantung kepada keazaman kepimpinan: Azam Baki

April 7, 2026 · Isu semasa

Kejayaan usaha membanteras rasuah di sesebuah negara tidak bergantung sepenuhnya kepada undang-undang, sebaliknya ditentukan oleh kekuatan kepimpinan, kata Azam Baki.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan serta melalui beberapa pentadbiran kerajaan menunjukkan faktor kepimpinan memainkan peranan paling kritikal dalam memastikan sistem anti-rasuah berfungsi dengan berkesan.

“Yang jelas adalah kejayaan atau kegagalan sesuatu sistem tidak ditentukan oleh undang-undang semata-mata tetapi oleh kepimpinan. Jika kepimpinan itu mempunyai keazaman politik yang jelas, tegas dan tidak berkompromi, reformasi tetap boleh berlaku walaupun sistem belum sempurna,” katanya semasa menyampaikan ucaptama dalam Wacana Ilmiah Perdana anjuran SPRM bersama Asia e University di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman serta Presiden Asia e University, Awang Ahmed.

Menurutnya, Malaysia telah memperkenalkan pelbagai dasar dan inisiatif untuk mengekang rasuah sejak sekian lama, termasuk pelan nasional yang lebih tersusun.

Antara langkah terkini ialah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“NACS merupakan satu kerangka utama yang menyeluruh dan bersifat ‘dokumen hidup’ bagi meningkatkan integriti, tadbir urus baik serta mencegah rasuah secara sistematik,” katanya.

Tambah beliau, strategi itu turut memberi tumpuan kepada pembaharuan pentadbiran dalam sektor pendidikan, pencegahan, penguatkuasaan dan kebertanggungjawaban awam.

Namun, Azam mengingatkan pelan yang baik sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan kepimpinan yang berintegriti.

“Sekiranya kepimpinan lemah atau berkompromi, maka sebaik mana pun sistem yang dibina, ia tetap akan gagal,” katanya.

Beliau menegaskan kepimpinan yang berprinsip bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan usaha membanteras rasuah terus berada pada landasan yang betul.

Berita berkaitan
Kerajaan kaji semula perbelanjaan susulan krisis global: Akmal Nasrullah
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar ajak rakyat tolak kebencian sempena Hari Wesak
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
May 30, 2026· Isu semasa
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
May 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan cadang wajibkan pengiklan dalam media sosial sahkan identiti, elak scam
11 jam lalu · Isu semasa
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
May 30, 2026 · Isu semasa
Anwar mahu kementerian berjimat hadapi tekanan ekonomi global
May 29, 2026 · Isu semasa
SPRM teliti dakwaan penyelewengan projek naik taraf Stadium Bukit Jalil
May 29, 2026 · Isu semasa
Najib fail bukti baharu dalam rayuan kes 1MDB
May 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok