Kuota matrikulasi kekal, pelajar 10A dapat laluan automatik: PMX

April 13, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengekalkan kuota 90 peratus Bumiputera bagi kemasukan ke Program Matrikulasi, sambil memastikan pelajar cemerlang terus diberi peluang sewajarnya dalam sistem pendidikan negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, dasar itu selari dengan usaha memperluas akses pendidikan secara lebih adil dan inklusif, khususnya kepada pelajar dari luar bandar dan latar belakang kurang berkemampuan.

“Kalau kita hanya tumpu kepada sekolah terbaik dan golongan elit, majoriti anak-anak daripada keluarga petani, nelayan dan pekebun akan terus ketinggalan,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong.

Beliau menegaskan, dasar pendidikan tidak boleh bersifat eksklusif kerana ia berisiko melebarkan jurang sosial.

Pada masa sama, kerajaan turut mengekalkan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik apabila seramai 6,717 pelajar yang memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan tempat secara automatik ke program matrikulasi atau laluan setara.

Langkah itu, menurut beliau, bertujuan mengimbangi keperluan merit dan keadilan sosial dalam pendidikan.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan mengumumkan pembinaan kolej matrikulasi pertama di Terengganu yang akan disegerakan bagi menampung peningkatan permohonan pelajar tempatan.

Projek dengan peruntukan awal RM27 juta itu dijangka mampu menampung sehingga 3,000 pelajar dan dilengkapi kemudahan moden termasuk makmal, asrama serta infrastruktur teknologi maklumat.

“Walaupun projek ini bermula sebagai projek segera, bila siap nanti ia akan menjadi sebuah institusi besar dengan konsep moden,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada 1999, program matrikulasi telah melahirkan lebih 500,000 graduan melalui 12 kolej matrikulasi dan tiga kolej matrikulasi kejuruteraan di seluruh negara.

Di Terengganu, permohonan ke program itu meningkat ketara daripada 4,485 pada 2021 kepada hampir 7,000 tahun ini, mencerminkan keperluan mendesak terhadap akses pendidikan pra-universiti.

Kerajaan dijangka mengumumkan keputusan tawaran kemasukan dalam tempoh dua minggu, termasuk bagi pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

Berita berkaitan
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
20 jam lalu· Politik
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
November 1, 2026· Isu semasa
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
November 1, 2026· Politik
Kerajaan lulus RM250 juta siapkan KB Sentral, tambah bantuan pendidikan Islam Kelantan
October 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
3 jam lalu · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
4 jam lalu · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
5 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok