Kuota RON95 diselaraskan 200 liter sebulan buat sementara bermula April

March 26, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan penyelarasan sementara kuota subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa 1 April ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar bagi memastikan subsidi bahan api terus dinikmati oleh majoriti rakyat, khususnya dalam keadaan pasaran minyak global yang tidak menentu.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan meneliti corak penggunaan semasa rakyat.

“Kita dapati purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter sebulan, dan hampir 90 peratus rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter. Maka penyelarasan ini tidak akan menjejaskan sebahagian besar pengguna,” katanya dalam satu perutusan khas hari ini.

Anwar menjelaskan, langkah berkenaan bersifat sementara sementara menunggu kestabilan harga minyak dan pemulihan ekonomi global yang kini terkesan akibat konflik di Asia Barat.

“Langkah ini sementara, tetapi setakat ini belum ada tanda-tanda keadaan akan pulih dalam masa terdekat,” tambahnya.

Walaupun kuota dikurangkan, kerajaan mengekalkan harga subsidi RON95 melalui BUDI95 pada kadar RM1.99 seliter.

Selain itu, had penggunaan bagi golongan e-hailing dan pekerja gig turut dikekalkan sehingga 800 liter sebulan.

“Mengambil kira tanggungjawab dan keperluan kerja mereka, had siling untuk pekerja gig dan e-hailing kekal 800 liter,” jelas beliau.

Inisiatif BUDI95 diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Langkah ini juga selari dengan dasar fiskal kerajaan untuk mengawal perbelanjaan subsidi yang semakin meningkat susulan ketidaktentuan harga minyak dunia sejak kebelakangan ini.

Selain konflik geopolitik, faktor seperti gangguan rantaian bekalan dan turun naik permintaan global turut memberi tekanan kepada ekonomi negara.

Dengan penyelarasan ini, kerajaan berharap dapat mengekalkan keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kestabilan kewangan negara dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

Berita berkaitan
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
10 jam lalu· Politik
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
15 jam lalu· Uncategorized
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
17 jam lalu· Isu semasa
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
21 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
15 jam lalu · Isu semasa
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
15 jam lalu · Isu semasa
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
17 jam lalu · Isu semasa
SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina
18 jam lalu · Isu semasa
Ancaman dadah sintetik kian meruncing, fentanyl juga dikesan dalam vape
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok