Kutipan cukai negara cecah RM129.6 bilion setakat Jun

October 7, 2026 · Isu semasa

Kutipan hasil cukai negara meningkat sembilan peratus kepada RM129.6 bilion bagi tempoh sehingga Jun 2026 berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, peningkatan itu didorong antaranya oleh kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih tinggi serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurutnya, sektor makanan dan minuman, perkhidmatan insurans serta logistik antara penyumbang kepada peningkatan kutipan SST sepanjang tempoh berkenaan.

“Bagi tahun 2026, pertumbuhan ekonomi Malaysia merekodkan prestasi lebih baik pada suku kedua sebanyak enam peratus berbanding suku pertama sebanyak 5.4 peratus, meskipun negara berdepan kejutan rantaian bekalan global yang menjejaskan ekonomi dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai jumlah keseluruhan kutipan cukai negara bagi tahun semasa berbanding tahun-tahun sebelumnya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Chin Tong berkata, prestasi ekonomi pada suku kedua turut menyumbang kepada pertumbuhan separuh pertama tahun ini sebanyak 5.7 peratus.

“Pencapaian suku kedua ini menjadikan pertumbuhan separuh pertama tahun 2026 sebanyak 5.7 peratus, sekali gus meletakkan ekonomi Malaysia pada landasan yang kukuh untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara empat hingga lima peratus bagi tahun 2026,” katanya.

Pada masa sama, Malaysia merekodkan lebihan dagangan RM84 bilion bagi tempoh berkenaan, meningkat 449.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan menyasarkan kutipan hasil cukai sebanyak RM343.1 bilion bagi keseluruhan tahun 2026.

“Pertumbuhan ekonomi makro yang stabil dijangka terus memberi kesan positif kepada peningkatan kutipan cukai,” katanya.

Menurut Chin Tong, kerajaan turut meneruskan reformasi percukaian secara bersasar bagi memperkukuh mekanisme kutipan hasil negara.

Langkah itu penting bagi memastikan sistem percukaian lebih efektif, selain membantu membina keyakinan pelabur, mengekalkan kestabilan ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia dalam jangka panjang.

Peningkatan kutipan cukai turut mencerminkan prestasi ekonomi domestik yang semakin kukuh, khususnya apabila aktiviti perniagaan dan penggunaan terus menyumbang kepada pertumbuhan hasil kerajaan.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan beberapa perubahan dalam sistem percukaian termasuk peluasan asas cukai melalui SST bagi memastikan hasil negara dapat diperkukuh tanpa terlalu bergantung kepada sumber pendapatan tertentu.

Berita berkaitan
Pelepasan cukai RM12,000, gaji bersih M40 dijangka naik Januari
October 20, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
3 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
15 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok