KWSP beli saham 99 Speed Mart 5%, jadi pemegang utama: Laporan

June 10, 2025 · Isu semasa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd selepas mengambil alih 421.79 juta saham atau 5.021 peratus kepentingan langsung dalam pengusaha kedai serbaneka itu.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KWSP berkata saham itu dibeli pada 4 Jun dan dipegang di bawah Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd.

Ini merupakan pegangan pertama KWSP dalam syarikat itu sejak ia tersenarai sebagai satu daripada saham dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pada Disember lalu.

Bagaimanapun, harga pembelian dan nama penjual tidak didedahkan.

Jika dikira berdasarkan harga saham pada 4 Jun lalu iaitu RM2.06, nilai keseluruhan pembelian dianggarkan bernilai sekitar RM868.89 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart, Lee Thiam Wah, masih memegang saham terbesar dalam syarikat dengan 79.68% pegangan.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum ini memberi pengecualian kepada 99 Speed Mart daripada syarat pegangan awam minimum 25% semasa penyenaraian syarikat itu.

99 Speed Mart disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada September tahun lalu dengan harga permulaan RM1.65 sesaham.

Saham syarikat berkenaan pernah mencapai harga tertinggi RM2.58 pada Disember 2024.

Berita berkaitan
KWSP perkenal potongan zakat dividen Simpanan Syariah
October 12, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Sentimen pelabur positif, Bursa Malaysia dibuka tinggi
October 12, 2026· Isu semasa
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
October 10, 2026· Isu semasa
Guan Eng cadang pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum
September 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
1 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
5 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
5 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok