Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Kerajaan meneruskan pembekuan sementara semua perolehan dan tender membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan susulan kebimbangan terhadap isu ketelusan dan tadbir urus, Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata langkah itu selari dengan pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang menekankan perolehan berintegriti, telus dan berasaskan keperluan strategik negara. Menurutnya, pembekuan bukan sahaja melibatkan Kementerian Pertahanan, malah akan diselaraskan di Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan pembaharuan menyeluruh dilaksanakan.
“Tak masuk akal kita mahu bina dasar pertahanan yang kuat dan moden kalau masih dibelenggu kepentingan peribadi, komisen dan pengayaan tidak wajar.
“Sebab itu pembekuan ini diteruskan sehingga sistem diperkemas,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran DIPN di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Anwar menegaskan semua keputusan perolehan selepas ini perlu dilihat dalam kerangka DIPN dan dibuat secara terbuka bagi menutup ruang penyelewengan.
“Melalui DIPN, setiap perolehan mesti dinilai berdasarkan strategi nasional, diputuskan secara telus dan mengelakkan sebarang kemungkinan kecurangan,” katanya.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar serta Panglima Tentera Darat Azhan Md Othman.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan langkah membekukan sementara beberapa keputusan perolehan pertahanan dan keselamatan selepas timbul isu pematuhan prosedur serta dakwaan rasuah.
Pada Jumaat lalu, Anwar memaklumkan semua keputusan perolehan yang berkaitan akan dibekukan sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya dan disemak semula.
Kerajaan melihat DIPN sebagai kerangka baharu untuk membina ekosistem pertahanan yang mampan, berdaya saing dan bebas daripada amalan lama yang menjejaskan kepercayaan rakyat. P
endekatan ini dijangka memberi isyarat jelas bahawa reformasi tadbir urus bukan sekadar slogan, tetapi tindakan yang sedang berjalan.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri