Langkah Kinabalu 2.0 kerjasama antara UMNO dengan Warisan kembali dihidupkan?
Keputusan UMNO Sabah untuk tidak bertanding di dua kerusi DUN yang dikuasai Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November ini dilihat sebagai satu isyarat jelas kebangkitan semula ‘Langkah Kinabalu’.
Dakwaan ini dibuat Pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Bernard Logijin yang menyifatkan kedua-dua parti itu kelihatan kembali menjalinkan kerjasama, meniru langkah yang pernah dicuba sebelum ini bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang baharu sebelum ini.
Kenyataan beliau dikeluarkan selepas Barisan Nasional (BN) secara rasmi tidak meletakkan calon di kerusi Senallang dan Sulabayan, yang kini dipegang oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal, dan Jaujan Sambakong.
“Langkah Kinabalu 1.0 telah gagal. Saya percaya 2.0 juga akan menghadapi nasib yang sama kerana pengundi kini lebih matang, bijak dan berani membuat perubahan besar demi melindungi kepentingan serta hak generasi akan datang,” ujar Logijin dipetik laporan portal Daily Express.
Beliau turut melontarkan kritikan terhadap dakwaan terbaru Warisan yang mengatakan parti itu akan bergerak secara solo.
Logijin menyifatkan janji tersebut hanyalah ‘retorik politik kosong’ yang bertujuan meraih undi semata-mata.
“Saya menyeru para pengundi supaya tidak terpengaruh dengan kedua-dua parti ini.
“Sebaliknya, berilah sokongan kepada calon tempatan yang benar-benar memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat Sabah,” katanya lagi.
Langkah Kinabalu merujuk kepada percubaan lalu yang didakwa melibatkan kerjasama antara pemimpin UMNO Sabah dan Warisan untuk menggantikan kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Situasi semasa membangkitkan persoalan sama ada sejarah akan berulang.
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
22,339 anggota keselamatan mengundi awal esok
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih