Khairy Jamaluddin.
Anwar Ibrahim terkejut terhadap laporan portal media yang mendakwa akan membawa bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kembali ke dalam Kabinet melalui satu rombakan tidak lama lagi.
Perdana Menteri memberi reaksi ringkas selepas ditanya wartawan berhubung spekulasi mengatakan Khairy akan dilantik ke Kabinet susulan kekosongan beberapa jawatan menteri dalam kerajaan ketika ini.
“Ya ke? Siapa bagitahu,” jawabnya ringkas semasa ditanya wartawan ketika selesai program Simposium Pembangunan Dan Anugerah Pembangunan Negara hari ini.
Kenyataan ringkas itu secara tidak langsung menafikan laporan yang mendakwa rombakan Kabinet akan diumumkan pada awal Disember ini.
Laporan portal berkenaan turut menyebut bahawa Khairy, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, dijangka dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.
Khairy, atau lebih mesra dikenali sebagai KJ, bukanlah nama asing dalam arena Kabinet Malaysia.
Beliau sebelum ini memegang beberapa portfolio penting di bawah pentadbiran berbeza, termasuk Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Kesihatan.
Pelantikan beliau sebagai Menteri Kesihatan pada masa pandemik Covid-19 menjadikan beliau figura yang cukup dikenali ramai.
Muda bidas BN gopoh umum peletakan jawatan MB Negeri Sembilan
UMNO mahu penjelasan isu minit Lembaga Pengampunan Najib yang bocor
Mat Maslan perlu minta maaf secara terbuka di Dewan Rakyat, gesa AMK Johor
Minit rahsia dedah bantahan AG, menteri terhadap tahanan rumah Najib: Bernama
BN kemuka satu nama calon MB Negeri Sembilan, masih mahu tukar Ismail
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron