FELDA.
Kerajaan akan mendedahkan kepada umum laporan pasukan petugas khas berkaitan FELDA selepas siasatan berhubung pengurusan agensi itu dilengkapkan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, siasatan sedang berjalan dan kini menunggu laporan berkenaan disiapkan sebelum hasilnya diumumkan dalam masa terdekat.
“Pasukan tugas khas itu telah bermula dan saya tunggu lengkap siasatan baru kita umumkan dalam masa singkat,” katanya selepas Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus FELDA 2026 hari ini.
Menurut Anwar, siasatan itu memberi tumpuan kepada aspek pengurusan FELDA, termasuk mengenal pasti masalah terdahulu serta langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
“Pengurusan, memperbaiki pengurusan. Tentunya mengenal pasti permasalahan lalu, tetapi yang penting ialah pengurusan kini dan langkah-langkah ke depan,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan itu penting bagi membolehkan sebarang kelemahan dalam pengurusan dikenal pasti dan tindakan pembetulan dilaksanakan dengan segera.
Pada Julai lalu, Anwar memaklumkan laporan pasukan petugas khas berkaitan FELDA dijangka disiapkan dalam tempoh beberapa bulan.
Kerajaan sebelum ini turut memberi perhatian kepada kedudukan kewangan dan prestasi pelaburan FELDA, termasuk isu berkaitan pelaburan di luar negara yang mencetuskan persoalan mengenai tadbir urus serta keputusan pengurusan terdahulu.
Penubuhan pasukan petugas khas itu dilihat sebagai usaha mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai permasalahan FELDA serta memastikan agensi berkenaan dapat diperkukuh demi kepentingan peneroka dan generasi akan datang.
Anwar sebelum ini turut berjanji laporan pasukan berkenaan akan diumumkan kepada umum selepas siasatan selesai.
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum