Lawatan Agong ke Russia buka lembaran baharu hubungan dua hala: Laporan

August 4, 2025 · Isu semasa

Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Russia untuk Lawatan Negara atas jemputan rasmi Presiden Vladimir Putin, membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia dengan negara itu.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata lawatan yang bermula esok hingga 10 Ogos itu, dijangka merancakkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan dua hala, pelaburan, pendidikan tinggi, teknologi dan inovasi serta hubungan antara rakyat.

“Malaysia berpotensi menarik pelaburan serta teknologi baharu daripada Rusia, khususnya dalam sektor tenaga, aeroangkasa, pertahanan, dan pertanian pintar sejajar dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan daya saing, kemampanan dan kemakmuran bersama,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata lebih penting lagi, Lawatan Negara itu mengukuhkan peranan Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara yang dihormati pada peringkat antarabangsa, sekali gus memperteguh kedaulatan dan imej Malaysia sebagai negara yang berkecuali, terbuka dan progresif.

Beliau berkata lawatan itu amat bersejarah dan signifikan, menjadikan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara Malaysia pertama menjejakkan kaki ke Russia bagi Lawatan Negara sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara dimeterai pada tahun 1967.

“Ia melambangkan kedudukan Seri Paduka Baginda sebagai lambang perpaduan negara, yang turut memainkan peranan strategik dalam memperkukuh hubungan antarabangsa Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengiringi Sultan Ibrahim ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara, di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Russia merupakan rakan perdagangan kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dan ke-28 di peringkat global, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM11.46 bilion (AS$2.48 bilion) pada 2024.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, jumlah perdagangan Malaysia-Rusia direkodkan sebanyak RM4.13 bilion (AS$945.7 juta). – Bernama

Berita berkaitan
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026· Politik
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
4 jam lalu· Isu semasa
Petronas boleh runding dapatkan bekalan minyak dari Rusia: Anwar
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
April 18, 2026 · Isu semasa
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
10 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok