Lebih 800,000 penerima SARA belanja RM50 juta pada hari pertama

September 1, 2025 · Isu semasa

Seramai 850,000 penerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah membelanjakan lebih RM50 juta setakat jam 9.30 malam pada hari pertama pelaksanaan inisiatif tersebut.

Menurut Kementerian Kewangan, sambutan yang sangat tinggi daripada para penerima telah menyebabkan sistem mengalami lonjakan transaksi yang mendadak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kewangan menjelaskan susulan daripada sambutan tersebut, sistem terminal pembayaran yang dikendalikan melalui rangkaian MyKasih telah mengalami penurunan prestasi yang ketara di beberapa lokasi.

Walaupun sistem beroperasi dengan lebih perlahan, transaksi masih boleh diterima dan diproses.

Kementerian Kewangan dan MyKasih telah mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan kapasiti sistem bagi memastikan rakyat dapat terus membuat pembelian melalui SARA dengan lancar tanpa sebarang gangguan mulai esok.

Bagi menjamin kestabilan sistem dan kesediaannya untuk digunakan oleh orang ramai pada 1 September 2025, pihak MyKasih akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pada malam ini.

Kementerian Kewangan memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh para pengguna dan memberikan jaminan bahawa mereka akan terus memantau pelaksanaan inisiatif ini agar ianya berjalan dengan lancar.

Menurut kenyataan tersebut, bilangan transaksi pada hari ini adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan pengalaman sebelumnya.

Sehingga 30 Ogos 2025, pelaksanaan bulanan SARA telah berjaya mengendalikan purata transaksi harian kira-kira 600,000 transaksi sehari.

Sementara itu, Kementerian Kewangan juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa kredit one-off RM100 melalui Penghargaan SARA ini akan kekal sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

Berita berkaitan
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
7 jam lalu· Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
16 jam lalu· Politik
Kerajaan perkemas komunikasi, pastikan rakyat faham dasar: Fahmi
17 jam lalu· Politik
Fahmi: PKR perlu perkemas cara sampaikan mesej kerajaan
August 15, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
16 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok