Lelaki ditahan sebar video fitnah berkenaan kes Zara Qairina

September 18, 2025 · Isu semasa

Seorang lelaki berumur 36 tahun telah ditahan polis atas tuduhan menyebarkan sebuah video berunsur fitnah berkenaan kes kematian Zara Qairina Mahathir di laman sosial Facebook.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun, pihaknya mula bertindak selepas menerima laporan orang awam pada 13 September lalu mengenai video yang tular itu.

Beliau menjelaskan video terbabit bukan sahaja mengandungi dakwaan fitnah, malah turut mendedahkan identiti seorang kanak-kanak.

“Video itu didakwa bukan sahaja mengandungi unsur fitnah malah turut mendedahkan identiti kanak-kanak serta menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar,” jelas Datuk Jauteh dalam satu kenyataan.

Susulan siasatan, lelaki tersebut berjaya ditahan pada pukul 5.40 petang, 16 September lepas di sekitar kota ini. Dua buah telefon bimbit juga telah dirampas daripada suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah beberapa akta, termasuk Seksyen 203A dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Datuk Jauteh turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial. Beliau menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penyalahgunaan platform digital.

“PDRM memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyebarkan kenyataan berunsur fitnah, mengaibkan atau provokatif,” tegasnya.

Orang ramai diingatkan untuk tidak sebarang membuat kenyataan atau kandungan yang boleh menjejaskan integriti siasatan serta menjejaskan privati pihak terlibat.

Berita berkaitan
Zizie Izette bebas tuduhan rasuah RM2.8 juta
12 jam lalu· Isu semasa
Nasib Zizie Izette dalam kes rasuah RM2.8 juta diputuskan esok
July 19, 2026· Isu semasa
Komuniti Sook didedah cara elak ancaman siber menerusi Karnival Internet Selamat
July 18, 2026· Isu semasa
PDRM mohon Interpol keluar notis merah jejak Tamim Dahri
July 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok