Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan sebanyak RM17 bilion bayaran balik lebihan cukai telah berjaya diproses setakat 18 Disember ini, melibatkan lebih 3.5 juta kes.
Pembayaran besar-besaran ini dilaksanakan susulan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak RM15 bilion telah dikreditkan kepada pembayar cukai dari Januari hingga 8 Disember, manakala tambahan RM2 bilion diproses dari 9 hingga 18 Disember.
LHDN dalam kenyataan media memaklumkan daripada peruntukan tambahan RM4 bilion, RM2 bilion telah diagihkan dan bakinya akan diselesaikan sebelum tahun ini tamat.
“Dana tambahan RM1 bilion pertama telah digunakan bagi menyelesaikan tunggakan bayaran balik melebihi tiga tahun, tanpa mengira jumlah terbabit.
“RM1 bilion seterusnya memberi tumpuan kepada bayaran balik berusia dua tahun ke atas, khususnya melibatkan syarikat PKS,” jelas LHDN.
Agensi hasil itu turut menasihati pembayar cukai supaya memastikan maklumat akaun bank yang diberikan adalah tepat dan terkini untuk memudahkan proses.
Bayaran balik mungkin terhalang sekiranya terdapat kesilapan akaun bank, kes mahkamah, tunggakan cukai lain atau syarikat telah dibubarkan.
“LHDN akan terus memastikan bayaran balik diselesaikan secara teratur dan berperingkat mengikut keutamaan, dengan fokus kepada jumlah tertunggak yang melibatkan PKS,” tegas kenyataan itu.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000, atau menggunakan perkhidmatan HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan