Lokman Adam ‘cuak’ selepas dicabar Akmal dengan kecaman ‘kepala bapak kau’

August 22, 2025 · Politik

Lokman Noor Adam bimbang dengan amaran yang dilontarkan Dr. Akmal Saleh terhadapnya susulan tuduhan liar mendakwa Ketua Pemuda UMNO itu adalah budak ‘H20’, gelaran untuk Hishammuddin Hussein.

Terdahulu, Akmal hari ini mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lokman berhubung tuduhan mengaitkannya dengan bekas naib presiden UMNO, Hishammuddin Hussein dan membidasnya ‘kepala bapak’ dalam satu video tular.

Lokman dalam satu video membalas kritikan Akmal dengan berkata cabaran dibuat itu sebagai perbuatan tidak matang dan tidak mencerminkan nilai seorang pemimpin.

Beliau berkata tindakan Akmal yang jauh lebih muda daripadanya itu menyerupai “perangai samseng tepi jalan” dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang memegang jawatan tinggi dalam parti.

“Bukan semua orang berperangai kebudak-budakan seperti Akmal. Dia pegang jawatan setaraf naib presiden UMNO, tetapi berkelakuan seperti di luar batasan kesopanan,” katanya menurut laporan media.

Lokman menegaskan bahawa jika Akmal ingin membuktikan keberanian, beliau seharusnya mencari lawan yang sebaya dan setara dari segi fizikal, bukan bertindak seperti seorang pembuli.

Konflik antara kedua-dua pemimpin ini tercetus ekthan daripada pendirian tegas Akmal dalam isu-isu sensitif termasuk kes penjualan stokin berkalimah Allah dan beberapa insiden pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik baru-baru ini.

Akmal menjadi antara suara paling lantang mendesak tindakan tegas terhadap kesalahan tersebut.

Walau bagaimanapun, Lokman berkata walaupun menyokong prinsip mempertahankan maruah agama dan bangsa, beliau tidak bersetuju dengan cara konfrontasi yang digunakan oleh Akmal yang dianggapnya boleh merosakkan imej UMNO.

Beliau mengingatkan bahawa pendekatan konfrontasi boleh menjejaskan hubungan dalam kerajaan perpaduan dan mencipta lebih banyak masalah kepada parti pemerintah pada masa ketika perpaduan nasional amat diperlukan.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
8 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
8 jam lalu· Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
14 jam lalu· Politik
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
7 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
8 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
16 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
16 jam lalu · Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok