Lonjakan kedudukan daya saing negara dipacu kecekapan kerajaan: MITI

June 17, 2025 · Isu semasa

Kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam laporan terbaharu Penarafan Daya Saing Dunia 2025 (WCR) menunjukkan kecekapan kerajaan dalam menangani ekonomi dan pembangunan struktur, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Laporan terbaharu itu meletek Malaysia pada tangga ke-23, naik 11 anak tangga berbanding tahun lalu sekaligus menjadikannya pencapaian terbaik negara sejak tahun 2020.

MITI dalam satu kenyataan berkata pencapaian itu mencerminkan momentum pengukuhan ekonomi negara dan keberkesanan usaha pembaharuan struktur yang dilaksanakan kerajaan.

Katanya, ia mengukuhkan hala tuju negara untuk berada dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing sebelum 2033 seperti yang disasarkan Kerangka Ekonomi Madani.

“Kedudukan keseluruhan dipacu oleh peningkatan dalam tiga faktor utama iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan dan Kecekapan Perniagaan,” kata MITI.

Sementara itu, Malaysia kini berada di kedudukan ke-4 terbaik dunia bagi faktor Prestasi Ekonomi, naik empat anak tangga berbanding kedudukan tahun lalu, manakala Kecekapan Kerajaan dan Kecekapan Perniagaan masing-masing meningkat lapan anak tangga.

Sub-faktor Perdagangan Antarabangsa turut menunjukkan peningkatan ketara, melonjak 11 anak tangga ke tempat ke-6, didorong pertumbuhan eksport barangan dan perkhidmatan, kepelbagaian pasaran, serta peningkatan ketibaan pelancong sekali gus mengukuhkan lebihan dagangan negara.

MITI menjelaskan, pencapaian ini juga hasil kerjasama pelbagai agensi melalui Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN) yang dipengerusikan bersama Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.

Jawatankuasa itu menyelaras hala tuju strategik bagi memperkukuh ekosistem daya saing negara.

Berita berkaitan
Janji untung dalam 24 jam, seorang lelaki rugi RM100,000 kena scam
August 18, 2026· Isu semasa
Pendapatan KWSP Melonjak 48 Peratus, cecah RM57.5 bilion
August 17, 2026· Isu semasa
Siasatan KWAP dalam eFishery hampir selesai
August 14, 2026· Isu semasa
Malaysia terus jadi pilihan pelabur asing, kekal antara destinasi terbaik
August 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok