LRT 24 jam sempena Hari Kebangsaan, mudahkan rakyat ke Putrajaya

August 9, 2026 · Isu semasa

Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) akan beroperasi selama 24 jam bermula malam 30 Ogos hingga menjelang 31 Ogos sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata perkhidmatan disediakan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu bertujuan memudahkan orang ramai hadir ke Putrajaya untuk menyertai pelbagai program sambutan selain menyediakan kemudahan perjalanan pulang.

“Prasarana sudah komited menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam 24 jam bersempena Hari Kebangsaan 2026.

“Kita berharap ini bukan sahaja dapat membantu lebih ramai orang datang ke Putrajaya, malah memudahkan perjalanan pulang selepas program selesai,” katanya selepas merasmikan Majlis Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@Petronas di Petronas NPE Pantai Dalam hari ini.

Fahmi berkata langkah itu turut mengambil kira permintaan orang ramai yang mahukan kemudahan pengangkutan awam lebih baik sepanjang sambutan Hari Kebangsaan, khususnya bagi perjalanan ke dan dari Putrajaya.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dijangka menarik kehadiran orang ramai ke Putrajaya, dengan pelbagai program dan aktiviti patriotik diadakan bagi memeriahkan bulan kemerdekaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi mengesahkan sambutan Hari Malaysia tahun ini akan berlangsung di Pusat Kebudayaan Borneo di Kuching, Sarawak.

Menurutnya, lokasi berkenaan dipilih sebagai venue utama sambutan dan mempunyai skala yang sesuai untuk penganjuran acara peringkat kebangsaan, selepas sambutan tahun lalu berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA, Pulau Pinang.

Beliau berkata mesyuarat perancangan seterusnya dijadualkan pada 24 Ogos ini, manakala persiapan awal sedang berjalan lancar selepas mesyuarat jawatankuasa diadakan minggu lalu.

Sementara itu, Fahmi berkata reka bentuk Jalur Gemilang yang diedarkan tahun ini turut ditambah baik berdasarkan maklum balas pengguna.

Katanya, bendera untuk kenderaan kini menggunakan reka bentuk berasaskan magnet, membolehkan ia dipasang dan ditanggalkan dengan lebih mudah tanpa meninggalkan kesan seperti pelekat kekal.

“Berdasarkan maklum balas sebelum ini, mereka lebih gemar menggunakan magnet berbanding pelekat yang lekat terus pada kenderaan. Jadi, ini adalah penambahbaikan yang kita buat tahun ini,” katanya.

Fahmi turut menggesa Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesen radio dan penyiar televisyen memperbanyakkan siaran lagu tema rasmi Bulan Kebangsaan, ‘Aku Berjanji’ nyanyian Faizal Tahir, bagi menyemarakkan lagi suasana patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
19 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
19 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
2 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
3 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok