Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Bersatu berhubung kerusi Parlimen Sabah: Laporan

January 9, 2026 · Politik

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang enggan mengisytiharkan empat kerusi Parlimen di Sabah sebagai kosong, yang dimenangi bekas ahli parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Keputusan majoriti 2-1 dibuat oleh panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Azizah Nawawi, bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan dan Collin Lawrence Sequerah.

Hakim Nallini dan Sequerah membentuk majoriti, manakala Hakim Azizah menyampaikan penghakiman berbeza.

Menyampaikan keputusan majoriti, Hakim Nallini berkata, kes berkenaan melibatkan kuasa perlembagaan Speaker di bawah Perlembagaan Persekutuan, yang bersifat tidak boleh diadili (non-justiciable).

“Mahkamah perlu menghormati doktrin pengasingan kuasa dan keistimewaan Parlimen, justeru tidak campur tangan dalam kuasa khusus Speaker di bawah Perlembagaan Persekutuan, kecuali jika disalahgunakan,” katanya.

Beliau berkata, dalam kes Bersatu, Speaker telah melaksanakan kuasanya di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan kuasa itu bukan bersifat pentadbiran semata-mata, sambil menegaskan bahawa Speaker bukan sekadar ‘rubber stamp’. – Bernama

Berita berkaitan
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
7 jam lalu· Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
10 jam lalu· Politik
PKR sahkan bertanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor
June 14, 2026· Politik
PN diresapi ‘sistem Mullah’, PAS buat keputusan bersendirian: Tun Faisal
June 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026 · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026 · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
June 16, 2026 · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
10 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok