Mahkamah tidak benar peguam wakili remaja buli hadir dalam prosiding inkues Zara

September 2, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini membatalkan keputusan koroner yang membenarkan peguam mewakili lima remaja terlibat kes buli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian pelajar berkenaan.

Hakim Datuk Duncan Sikodol memutuskan permohonan tersebut perlu dikemukakan semula di hadapan koroner baharu yang akan mengambil alih kes berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendengar hujahan daripada pasukan peguam keluarga Zara Qairina dan Persatuan Guaman Sabah (SLS).

“Apa-apa perintah yang dibuat berkaitan sebarang permohonan dalam inkues itu adalah dibatalkan. Jadi, pihak-pihak bebas untuk mengemukakan semula permohonan mereka kepada koroner baharu,” menurut laporan portal BH.

Duncan menjelaskan koroner sebelumnya telah menarik diri daripada mengendalikan kes ini atas alasan terdapat kepentingan peribadi, justeru tidak wajar beliau membuat keputusan substantif yang sepatutnya dibuat oleh koroner baharu.

“Memandangkan beliau (koroner) itu memutuskan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes ini, adalah tidak wajar untuk beliau membuat keputusan terhadap isu substantif yang sepatutnya diputuskan oleh koroner baharu.

“Ia seolah-olah membuat keputusan bagi pihak pengganti dan boleh menjejaskan prinsip ketidakberpihakan,” katanya lagi.

Mahkamah juga menolak bantahan Timbalan Pendakwa Raya terhadap pembabitan SLS dalam kes ini, dengan menyatakan persatuan guaman itu berperanan sebagai pemerhati untuk memastikan ketelusan prosiding.

Prosiding inkues kematian Zara Qairina dijadualkan berlangsung mulai esok, 3 September, dan akan diteruskan pada beberapa tarikh lain hingga akhir bulan ini.

Zara Qairina, 13, seorang pelajar sekolah agama di Papar, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri.

Kematiannya telah mencetuskan tuntutan daripada pelbagai pihak agar siasatan telus dijalankan.

Lima remaja telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan menggunakan kata-kata menghina terhadap mendiang Zara Qairina dan telah mengaku tidak bersalah.

Berita berkaitan
Peguam persoal kuasa Exco Negeri Sembilan tentukan kedudukan Yang Dipertuan Besar
September 16, 2026· Politik
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026· Politik
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
August 24, 2026· Isu semasa
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
July 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
2 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
20 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
20 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok