Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin

1 jam lalu · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang RM21.1 juta, AS$139,650.68 serta jongkong emas seberat satu kilogram milik Aman Palestin Berhad.

Hakim Latifah Mohd Tahar ketika membacakan keputusan pada Isnin berkata, pendakwaan gagal membuktikan harta berkenaan berkait dengan perlakuan salah di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Beliau berkata, Aman Palestin merupakan sebuah syarikat tidak berteraskan keuntungan yang ditubuhkan untuk menyelaras pelbagai bentuk bantuan amal kepada rakyat Palestin serta golongan kurang bernasib baik di seluruh dunia.

“Dana responden diperoleh sepenuhnya melalui derma dalam pelbagai kaedah termasuk transaksi dalam talian, potongan bulanan daripada akaun serta tabung derma tunai di cawangan di seluruh Malaysia.

“Bermula 2018 hingga 2023, jumlah kutipan derma mencecah RM123.9 juta,” katanya.

Menurut Latifah, sumbangan diberikan secara sukarela oleh penderma dan wang berkenaan diterima sebagai milik Aman Palestin, sekali gus memberikan organisasi itu kawalan terhadap dana terbabit.

Pendakwaan sebelum ini membekukan 12 akaun bank milik Aman Palestin pada November dan Disember 2023 sebelum permohonan lucut hak difailkan pada 15 November 2024.

Pendakwaan mendakwa dana berkenaan diseleweng daripada tujuan asal selepas siasatan mendapati lebih RM64 juta dipindahkan bagi tujuan pelaburan, pembelian hartanah dan emas.

Antara pihak yang menerima pemindahan wang itu termasuk Samudra Champa Sdn Bhd, Kerengga Merah Sdn Bhd, Isra Travel Sdn Bhd dan Yayasan Persahabatan Al-Insaniah Sejagat.

Bagaimanapun, mahkamah berpandangan sekiranya berlaku penyelewengan oleh pengarah syarikat ketika wang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan, liabiliti perlu dipertanggungjawabkan kepada individu terbabit dan tidak secara automatik melibatkan Aman Palestin sebagai responden.

“Mahkamah mendapati pemohon gagal memenuhi beban pembuktian berdasarkan imbangan kebarangkalian bagi semua permohonan tersebut. Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,” katanya.

Selepas keputusan itu, pihak pendakwaan memohon penangguhan pelaksanaan perintah bagi menghalang sementara pemulangan wang dan harta yang dibekukan atau disita sehingga rayuan diputuskan.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes berhubung permohonan itu pada 4 September depan.

Kes lucut hak tersebut mempunyai kaitan dengan siasatan lebih besar terhadap Aman Palestin. Pada 15 Februari 2024, tiga individu termasuk Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut, didakwa bersama seorang pengarah syarikat pelaburan atas 164 pertuduhan pecah amanah, penipuan dan pengubahan wang haram membabitkan RM39.5 juta.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Berita berkaitan
Bekas CEO Tabung Haji direman bantu siasatan RCI
August 21, 2026· Isu semasa
Pendapatan KWSP Melonjak 48 Peratus, cecah RM57.5 bilion
August 17, 2026· Isu semasa
CAP: Skandal Tabung Haji perlu disiasat hingga ke akar
August 17, 2026· Isu semasa
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
August 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
August 24, 2026 · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
6 jam lalu · Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok